Penulis: Sidi Nuruddin Ali Jum'ah al-Shafi'i Al-Misri
Muka Surat: 243
Halaman: Paperback
Format: Hitamputih
Berat (kg): 0.45
Dimensi (cm): 19.5 cm x 15 cm x 1 cm
Buku ini adalah hasil tulisan semula kandungan pengajian yang telah disampaikan oleh Fadilat al-Imam al-'Allamah Nur al-Din 'Ali Jum ah di Masjid al-'Ashirah al-Muhammadiyyah di al-Darrasah Kaherah Mesir sekitar sebelas pengajian pada tahun 2001.
Beliau menerangkan tentang petunjuk menuju Allah S.W.T, cara cara melepasi penghalang yang bakal ditemui oleh para Salik, mengenali penyakit-penyakit yang boleh hadir semasa perjalanannya; dan cara melepaskan diri daripadanya. Semua ini terbit daripada hati yang memahami syariat dan hakikat, yang menyelam ke dalam lautan ini serta menyelidik dasarnya. Sesungguhnya Al-Imam merupakan sosok murabbi yang mulia, yang telah melahirkan banyak penuntut hakikat. Beliau telah membimbing dan memandu mereka sehingga mereka sampai ke pesisir aman dan daratan makrifat