Penerbit: NHA Publications
Penulis: Ahmad Iqram Mohamad Noor
Muka Surat: 358
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.425kg
Dimensi (cm): 21cm x 14.5cm x 1.5cm
PERNAHKAH ANDA BERTANYA PADA DIRI SENDIRI APAKAH NIKMAT ISLAM & IMAN YANG PERNAH DIKECAPI & DISYUKURI?
Jika dilihat sebahagian mualaf, mereka rata-rata mengungkapkan rasa syukur kerana dapat mengecapi nikmat kebenaran Islam setelah keluar daripada agama lamanya. Mereka merasai nikmat keluar daripada kekufuran, kepercayaan khurafat, amalan dan pegangan yang tidak selari dengan fitrah dan akal sihat mereka.
Berbanding dengan sebahagian muslim yang lahir dalam keluarga yang telah beragama Islam, membesar dengan ajaran Islam yang tidak terdedah dengan apa itu kekufuran? apa yang ruginya jika terus dalam keadaan syirik? dan apakah kesan buruk daripada kepercayaan khurafat terhadap kehidupan?
Buku ini cuba membawa pembaca menelusuri kepercayaan dan amalan agama asing, lalu dibandingkan dengan ajaran Islam yang boleh membuatkan kita merasa bersyukur di atas nikmat Islam dan Iman. Sesungguhnya menjiwai nikmat ini boleh membakar semangat dakwah dan merasai kemuliaan menjadi seorang muslim.