Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


IQRA’ Al Furqan #Z9

RM15.00
Price in points: 15 points
Weight: 0.27 kg
9789671526545
102 pieces
+
Add to wish list

Tajuk : IQRA’ Al Furqan #

ISBN : 9789671526545

Penerbit : NAQ Publications

Penulis : Abu Muhammad As-Saadi

Muka Surat : 172 m/s

Berat (Kg): 0.250

Dimensi (Cm) : 15.4 x 22.6 x 0.9 

==================================

  • Tulisan jawi
  • Berwarna penuh
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Ilustrasi menarik dan segar
  • Kaedah baru
  • Resan Uthmani

Iqra’ adalah satu kaedah belajar Al-Quran yang tidak asing lagi di negara ini. Kaedah Iqra’ adalah salah satu kaedah yang terbukti berkesan apabila ramai pelajar zaman-berzaman yang dapat menguasai Al-Quran dalam masa yang singkat melalui kaedah ini.

Maka terbitlah buku Iqra’ Al-Furqan ini demi mempelbagaikan lagi pilihan kepada ibu bapa dan para pelajar, di samping memberi nafas baru kepada kaedah penulisan Iqra’ yang ada dalam pasaran. Tampil dengan versi 2 warna yang menarik dan kreatif, diharapkan Iqra’ ini dapat dijadikan bahan bantu belajar yang dapat mempercepatkan lagi penguasaan Al-Quran dalam kalangan pelajar dengan mudah dan berkesan, Insya-Allah.

 

"Sahabat kami, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Ezzat Adnan dari NAQ Publications memohon kepada kami untuk mengutarakan sedikit kata-kata aluan bagi buku ini. Kami dapati usaha ini amat baik sekali dan menyokong penuh penerbitan buku ini. Harapan kami supaya pendekatan mudah yang diketengahkan dalam buku ini dapat membantu mereka yang ingin mempelajari Al-Quran dengan lebih berkesan.

Kami berharap dengan terbitnya buku ini akan menyemarakkan lagi minat generasi muda untuk mempelajari Al-Quran.

Semoga buku ini menjadi kesinambungan kepada usaha-usaha melahirkan generasi yang celik Al-Quran, dan seterusnya dapat disampaikan pula kepada generasi-generasi yang akan datang, Insya-Allah."

- Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri -



Isi kandungan

Iqra 1:

- Huruf hijaiyaah berbaris fathah di atas
- Bezakan bunyi sebutan
- Penilaian


Iqra 2:

- Huruf hijaiyaah bersambung berbaris di atas
- Bentuk-bentuk huruf yang istimewa
- Bacaan panjang


Iqra 3:

- Huruf hijaiyyah bersambung berbaris kasrah di bawah
- Bacaan panjang huruf mad
- Bacaan pendek huruf mad bertanda sukun
- Huruf hijaiyyah berbaris dhommah di hadapan
- Bacaan panjang huruf mad
- Bacaan pendek huruf mad bertanda sukun
- Huruf alif bertanda sukun


Iqra 4:

- Baris tanwin di atas
- Baris tanwin di bawah
- Baris tanwin di hadapan
- Huruf sakinah
- Qalqalah
- Bacaan hamzah wasal


Iqra 5:

- Syaddah berbaris
- Wajibul Ghunnah
- Huruf bunyi hampir serupa
- Syaddah berbaris tanwin
- Alif Lam Qamariah dan Syamsiah
- Lafaz Al-Jalalah
- Tanwin bertemu hamzah wasal


Iqra 6:

- Hukum nun sakinah dan tanwin
- Hukum mim sakinah
- Hukum mad
- Cara waqaf
- Tanda waqaf
- Bacaan istimewa


Bonus:

- Penerangan makhraj huruf
- Hukum nun mati dan tanwin

 

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI