Tajuk: Indeks Al-Quran
ISBN: 978-967-16866-7-6
Penerbit: Ultra Consulting Research and Training
Penulis: Norasiah Haji Harun
Tahun Terbitan:2020
Muka Surat:298
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.520
Dimensi (cm):25x17.8.x2
KINI DI PASARAN
Indeks Al Quran ini telah mengambil masa 6 tahun oleh pengindeks dan mengambil masa 2 tahun untuk proses percetakan.
Ramai para ulama’ Islam dan umat ini yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk berkhidmat kepada al-Qur’an dengan pelbagai cara. Ada yang menjaga resam, titik dan harakahnya; ada yang memelihara kaedah bacaannya; ada yang mengeluarkan hukum dan menerangkan maknanya; serta pelbagai bentuk lagi. Mereka berlumba-lumba untuk berbakti kepada kitab yang mulia ini.
Hakikat ini juga dapat dilihat dari hasil usaha Prof. Madya Dr. Hajah Norasiah Haji Harun yang terbentang di dalam buku ini. Saya merasa amat bertuah kerana dapat melihat satu usaha yang amat luar biasa oleh seorang ahli akademik yang bukannya datang dari bidang pengajian Islam, tetapi Allah SWT telah memilihnya untuk melakukan satu khidmat bakti terhadap Al-Quran.
Usaha beliau ini dapat memudahkan para pembaca untuk merujuk kalimah-kalimah dan tematema penting yang terdapat di dalam al-Qur’an. Walaupun buku Indeks al-Qur’an ini bukanlah satusatunya usaha dalam bidang ini, namun begitu setiap hasil kerja pasti mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kepakaran beliau dalam Pengurusan Maklumat telah digunakan sebaik-baiknya untuk membuat penyusunan yang amat kemas dan sistematik bagi kalimah-kalimah terjemahan al-Qur’an, berserta nama Surah, nombor surah dan ayat.
Kata-kata Aluan dari Ustaz Dr Abdullaah Jalil (Universiti Sains Islam Malaysia)
Siapa Pengindeks