Penerbit: WhiteCoat Group Sdn Bhd
Penulis: Farhatul Fairuzah
Muka Surat: 308
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.260kg
Dimensi (cm): 18cm x 12.5cm x 1cm
Fikiran buntu dan perasaan jadi tidak menentu. Pelbagai rasa; kecewa, marah, dendam, iri, sedih, pilu, putus asa dan sebagainya datang mengganggu. Apabila dugaan ini datang bertubi-tubi, semangat untuk terus hidup menjadi pudar dan hidup rasa kosong seperti hilang erti. Ketenangan dan ketenteraman mula menjauhi.
Tanpa kita sedari, antidot bagi permasalahan ini semua sebenarnya sentiasa ada di depan mata. Itulah Al-Quran. Di dalamnya terkandung penawar yang mampu menenangkan hati dan mntenteramkan jiwa. Kita hanya perlu membaca, memahami dan mendalami isi kandungannya.
Healing with Quran membawa pembaca mendekati ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan pelbagai masalah yang di hadapi pada masa kini. Terkandung juga panduan untuk kita bersahabat akrab dengan kalam Tuhan ini. Semoga ia menjadi pedoman dan panduan dalam segenap urusan kehidupan.