Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Save 60%

(OP) Hasan Al-Banna (R3)

Rak: L37, Bundle: K44
Harga Asal: RM26.00
RM10.40
ANDA JIMAT: RM15.60 (60%)
Price in points: 11 points
Weight: 0.41 kg
978-967-408-135-5
10 pieces
+
Add to wish list
Format: Paperback
Saiz: 5.5 x 8.5
ISBN-13: 978-967-408-135-5
Tarikh Terbit: 29 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 343
Berat (KG): 0.41

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd

 

 

Sinopsis

Kisah pejuang Islam dari beliau kecil sehinggalah meninggal dunia.

Beliau dididik dengan sebaik-baik didikan oleh orang tuanya, dan hasil didikan  itu, beliau mempunyai cita-cita mengembalikan umat Islam kepada cara kehidupan Islam yang sebenar.

Beliau mendirikan pertubuhan Ikhwan Muslimin yang mana pertubuhan itu mempromosikan gaya hidup Islam. Tidak terhad pada ibadah tetapi meliputi muamalat harian.
 
Beliau akhirnya dibunuh kerana cita-cita murninya itu, bertentangan dengan keinginan pemerintah yang dipengaruhi kuasa asing.
 
 
 
Review 
Tanggungjawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang kita ada.” Inilah satu daripada kata-kata Imam Hassan Al-Banna yang masyhur. Beliau adalah pengasas Ikhwanul Muslimin, pertubuhan Islam yang paling berpengaruh di dunia. Setiap saat dalam hidup beliau dimanfaatkan sepenuhnya kepada Islam semata-mata. Sebahagian daripada kisah hidup dan perjuangan beliau diabadikan dalam buku ini untuk rujukan kita semua.

Bumi Mesir menjadi gempar dengan kemunculan Hassan Al-Banna bersama Ikhwanul Muslimin. Parti politik yang lain tergugat. Para menteri rasa gelisah dan terancam. Penjajah Barat yang menguasai Mesir pula menjadi gementar. Suara yang dilaungkan oleh Hassan Al-Banna adalah suara kebenaran yang menghidupkan semangat perjuangan umat Islam. Ikhwanul Muslimin berjaya menjana seluruh kekuatan untuk melawan penindasan dan penjajahan Barat.

Hassan Al-Banna hidup sebagai pejuang dan mati sebagai syuhada yang dicintai Allah. Beliau mati ditembak oleh musuh Islam pada umur 43 tahun. Dalam tempoh yang sesingkat ini, perjuangan beliau berjaya menyentuh hati umat-umat Islam dan berjaya menyatupadukan mereka. Namun, perjuangannya bukan mudah, bahkan banyak menumpahkan darah.

Di kalangan pahlawan, beliau adalah panglimanya. Di kalangan ulama, beliau menjadi rujukan utama. Di kalangan pemikir, beliau menjadi mutiara hikmah. Hassan Al-Banna mempunyai karisma unggul sebagai pemimpin dan menguasai pelbagai cabang ilmu. Perjuangan beliau berjaya menghidupkan semangat perjuangan umat Islam, namun nyawa beliau yang menjadi gantinya. Kisah perjuangan Hassan Al-Banna yang diabadikan dalam buku ini akan menyuburkan semangat jihad dan membakar semangat perjuangan Islam.

Penerbit:
PTS
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
343 Muka Surat
Rak:
L37
Bundle:
K44

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI