Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Nasihat Buat Diri (L145,PY19)

RM10.00
Price in points: 10 points
Weight: 0.15 kg
978-967-481-040-5
1393 pieces
+
Add to wish list

Format: Paperback

Saiz: 6 inci x 9 inci

ISBN-13: 978-967-481-040-5

Jumlah Muka Surat: 102

Berat : 0.146 kg

========================

 

"Harus difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan bagi melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan daripada Allah s.w.t.

Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak itu, ataupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah untuknya.

Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah. Bukan dengan diri kamu.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi diri kamu, mendengar apa yang disampaikan, arahan mahupun tegahan yang datangnya daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., dan sedaya upaya mengambil manfaat daripada apa yang disampalkan.

Tidak berhak bagi kamu untuk mempersoalkan kembali kepada yang menyampaikannya kepada kamu."

Ini adalah buku kedua Habib Ali Zaenal Abidin yang mengumpulkan 40 nasihat. Kesinambungan judul bestseller Nasihat Buat Hati. Buku berbentuk motivasi ini ditulis oleh Nur Mohamad Adli Rosli. Kesemua kandungannya didapati dari kebanyakan kuliah yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin.

Adli Rosli adalah pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Anak kelahiran dari Kuantan, Pahang ini dilahirkan pada 25 Mei 1990. Beliau bergiat aktif dalam penganjuran majlis-majlis Talaqqi juga dilantik sekarang ini sebagai Pengerusi Majlis Ta’lim An-nur, iaitu sebuah organsasi pengajian kitab-kitab agama di bawah bimbingan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Senariy.

 

REVIEW

 

Zaman teknologi yang semakin canggih, semua orang sudah keluar dari kepompong tempurung. Kepompong yang mana bila kita lakukan kesalahan, yang tahu mungkin hanya sebilangan orang-orang di kampung.

Dengan munculnya facebook, instagram, youtube dan segala macam media sosial yang ada, kita semakin mudah untuk bertegur sapa. Lebih dari itu, kita juga suka tegur menegur dengan berhujahkan ‘amar makruf nahi mungkin’- mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi adakah perbuatan kita tepat?

Dalam buku Nasihat Buat Diri, yang dikarang oleh Nur Mohamad Adli Rosli yang beliau ambil dari kata-kata Habib Ali Zaenal Abidin, beliau menulis satu bab iaitu Memahami erti menegur dan ditegur.

Dalam perenggan pertama pada bab ini, penulis memberitahu, orang yang mengajak orang lain berbuat baik itu perlu terlebih dahulu dirinya diminta berbuat baik. Tetapi orang yang menerima teguran tidak boleh membalas dengan kata-kata “Kamu juga tidak buat, selepas itu suruh aku yang buat?”.

Tambah penulis lagi, bila datang kepada kita satu ajakan untuk melakukan kebaikan atau melarang kita untuk melakukan kemungkaran, sebenarnya itu adalah larangan dari Allah swt. Tetapi jika yang mengajak itu melakukan kemungkaran juga, itu sememangnya salah bagi dirinya.

Ramai dari kalangan pengguna media sosial media hari ini yang membuat video parodi dengan bertujuan dakwah sebenarnya menyimpang dari maksud yang ingin disampaian oleh penulis dalam buku ini.

Parodi-parodi yang mengeji dan sesetengahnya yang keterlaluan untu mendapatkan perhatian di media sosial dengan alasan dawah adalah sesuatu yang sangat hipokrit dan sudah lari dari maksud asal ‘amar makruf nahi mungkin’. Ramai yang ambil sebahagian dari maksud asal iaitu hanya melakukan ‘nahi mungkar’ tetapi meninggalkan ‘amar makruf’.

Tulis penulis lagi dalam bab ini, menjadi tanggungjawab bagi diri kita untuk mendengar apa yang disampaikan. Arahan mahupun tegahan. Dan sebaiknya kita mengambil manfaat daripada apa yang disampaikan itu.

 

ISI KANDUNGAN

 

NASIHAT 1 :Selepas Allah Dan Rasul, Siapakah Yang Lebih Utama

NASIHAT 2 :Memahami Erti Menegur dan Ditegur

NASIHAT 3 :Tanggungjawab Seorang Suami

NASIHAT 4 :Tersematnya Sifat Tawadhuk

NASIHAT 5 :Bibir Boleh Tersenyum, Hati Allah Sahaja Yang Tahu

NASIHAT 6 :Kamu Berdusta

NASIHAT 7 :Siapa Hamba Allah Yang Kuat

NASIHAT 8 :Nilai Air Mata Kerana Allah

NASIHAT 9 : Pemadam Api Derita

NASIHAT 10: Dosa Yang Sangat Besar

NASIHAT 11 :Jaga Mulut, Jangan Cabar Hukum Allah

NASIHAT 12 :Waspada Dengan Meminta Panjang Umur

NASIHAT 13 :Akan Di Lilitkan Pada Leher

NASIHAT 14 :Jangan Mimpi Masuk Syurga Dengan Mudah

NASIHAT 15 :Barangsiapa Yang Merasa Aman Dengan Dunia

NASIHAT 16 :Allah Tahu Yang Terbaik Untuk Kita

NASIHAT 17 :Bukan Allah Tidak Sayang

NASIHAT 18 :Dia Tak Baik, Kenapa Kita Kena Buat Baik

NASIHAT 19 :Wasiat Buat Suami

NASIHAT 20 :Indahnya Rumahtangga Rasulullah

NASIHAT 21 :Jangan Mendidik Keluarga Dengan Keduniaan

NASIHAT 22 :Bersederhanalah Dalam Mencintai Atau Membenci

NASIHAT 23 :Iman Bukan Di Bibir Sahaja

NASIHAT 24 :Fahami Keluasan Erti Sesuatu Wahyu

NASIHAT 25 :Mengapa Meniru Mereka?

NASIHAT 26 :Yang Tersimpan Itu Jauh Lebih Baik

NASIHAT 27 :Mintalah Segalanya Kepada Allah

NASIHAT 28 :Sahabat Yang Baik

NASIHAT 29 :Pra-Syarat Kemenangan Bagi Umat Islam

NASIHAT 30 :Yang Syaitan Takut!

NASIHAT 31 :Jangan Tertipu

NASIHAT 32 :Ada Harta Jangan Disimpan-Simpan

NASIHAT 33 :Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tetapkan

NASIHAT 34 :Bukan Bos Yang Beri Rezeki!

NASIHAT 35 :Harta Yang Akan Dibawa Ke Kubur

NASIHAT 36 :Hati-Hati Dengan Hutang

NASIHAT 37 :Sedekah Menolah Gundah

NASIHAT 38 :Bergembiralah Dengan Kelahiran Rasulullah

NASIHAT 39 :Keistimewaan 4 Bulan

NASIHAT 40 :Amalan Di Bulan Rejab

 

Habib Ali Zaenal Abidin

 

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, diberi nama Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al-Hamid bin Sheikh Abu Bakar. Dilahirkan pada hari Jumaat, bertarikh 12 April 1974, di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Empat daripadanya lelaki manakala dua lagi perempuan. Lebih mesra dengan panggilan Habib. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana yang tinggal di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para alim ulama dan terdapat juga banyak institusi pengajian. Dalam pencarian menuntut ilmu, Habib Ali pernah berguru dengan barisan murabbi yang hebat seperti Ustaz Hasan Baharom, Ustaz Soleh Bal As’ad, Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Soleh bin Agil, Ustaz Ahmad Barakwan, Ustaz Husin bin Abu Bakar, dan ramai lagi.

Pada usia 21 tahun, dengan restu ayahanda dan bondanya, Habib memilih bagi meneruskan pengajiannya ke Hadhramaut, Yemen. Di Hadhramaut, Habib Ali diberi kesempatan bagi menuntut ilmu dan berguru dengan Habib Umar bin Hafidz, iaitu pemimpin Darul Mustafa. Juga Habib Ali Masyhur, Habib Salim As Syatiri, Habib Hasan As Syatiri, Habib Abdullah bin Syihab, dan ramai lagi para guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu masing-masing.Habib Ali adalah antara penuntut generasi pertama yang belajar bersama Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustafa. Selepas itu, beliau bermusafir pula ke bumi Mesir. Hampir lima tahun  menuntut ilmu Universiti Al-Azhar, beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk terus mendalami ilmu-ilmu agama bersama guru-guru hebat di Mesir seperti Dr. Abdul Badi' Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum'ah, dan Dr. Muhammad Jibril.Sekarang, selepas menerima ijazah dalam jurusan Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar, beliau meneruskan lagi kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Master dalam jurusan pengajian Al-Quran dan as-sunnah. Sesudah selesai pengajian di peringkat Master, beliau sekarang dalam usaha menyempurnakan pengajian di peringkat Doktor Falsafah pula. Pada tahun 2004, Habib berkahwin dan dianugerahi tiga orang anak perempuan.

Kini beliau dilantik menjadi pentadbir utama Darul Murtadza selepas pengemudi asal institusi itu, iaitu Habib Abdul Qadir Al-Jufri berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Hingga kini, banyak usaha-usaha pengajian dikendalikan oleh Habib sendiri di bawah kelolaan Darul Murtadza.Darul Murtadza berkembang dari sehari ke sehari, ia adalah satu institut pengajian yang menggunakan kitab-kitab utama dalam Islam yang berpengaruh di Malaysia. Tidak hanya di masjid, beliau turut diundang bagi mengisi slot-slot penting di radio juga di kaca televisyen.Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang dinamik dan menyeluruh, beserta kemahiran berdakwah yang sudah lama diasah dalam dirinya menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang tidak asing lagi di bumi Nusantara ini.


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI