========================
ISBN : 978-967-12844-3-8
Muka Surat : 262
Berat (kg) : 0.23
========================
Sinopsis
3024 A.D.
Manusia yang mengkoloni cakerawala dilanda Syams Merah, suatu entiti lebih merah daripada matahari yang sedikit demi sedikit, mengulum angkasa raya dan isinya. Seorang penerbang angkasa yang kehilangan keluarganya mengambil misi berbahaya untuk memahami fenomena kosmos itu, dan mungkin tidak akan kembali.
Zaman Kini
Malaysia heboh dengan penemuan artifak bawah tanah yang mengerikan di belakang sebuah sekolah di Perak. Di tengah-tengah KLCC, sebutir objek seperti api dari langit, menghampir.
Beberapa individu tiba-tiba hilang tanpa kesan.
Seorang wartawan tabloid dan blogger pembongkar misteri sejarah purba perlu berganding bahu mencari punca misteri dan kehilangan tiba-tiba ini, yang mungkin meragut nyawa mereka sekali.
“Kelainan Gugurnya Azazil adalah baur balik latar masanya yang meneroka tiga dunia sekali gus, menjalinkan suatu kisah luas yang menjadikan karya ini suatu pengalaman bacaan yang amat mengujakan.” – Nor Azida Ishak, penulis “Leksikon Ledang”, pemenang kedua Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan.
“Sebuah novel yang tidak boleh diterima oleh orang pada masa sekarang kerana pemikiran mereka tidak semaju generasi yang akan datang.” – Nazri M. Annuar, penulis “Opera Angkasa”.