Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Genesis II : Sapien & Neo-Manusia (L107)

RM33.00
Price in points: 33 points
Weight: 0.36 kg
9789672437376
10 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Genesis II : Sapien & Neo-Manusia
ISBN: 9789672437376
Penerbit: Patriots Publishing
Penulis: Zamir Mohyedin
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 353
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.360 kg
Dimensi (cm): 19.5 cm x 13 cm x 2.7 cm

SINOPSIS

Penulis dan buku Fizik kegemaran anda kembali lagi! Kali ini, Zamir Mohyedin membawa Genesis II sedikit berlainan dari siri sebelumnya.
Ayuh mengembara bersama saudara Zamir merentasi zaman dan tamadun dalam membincangkan teori evolusi manusia!

Sejarah manusia terbahagi kepada 5 fasa. Fasa pertama berlaku sejak 300,000 tahun lalu. Fasa pertama adalah fasa munculnya manusia (Homo Sapien) di atas muka bumi dan merupakan fasa manusia paling primitif. Fasa kedua berlaku sekitar 70,000 hingga 50,000 tahu lalu iaitu tercetusnya Revolusi Kongitif. Fasa ini merupakan fasa keupayaan kognitif manusia berevolusi.

Manusia mula mahir berfikir secara abstrak, mahir berteori tentang alam di sekelilingnya, imaginasinya semakin luas, dapat menceritakan sesuatu yang tidak pernah mereka lihat dan dengari, pandai bermain musik, melakar seni dan mewariskan pengetahuan.

Fasa ketiga berlaku sekitar 12,000 tahun lalu iaitu fasa berlakunya Revolusi Pertanian. Manusia mula bercucuk tanam dan hidup menetap. Ilmu dan teknologi berkembang pesat serta lahirnya tamadun. Manusia di seluruh dunia tinggal berasingan antara satu sama lain. Tekanan persekitaran semula jadi, gaya hidup dan strategi kemandirian yang berbeza telah menyebabkan rupa fizikal manusia di seluruh dunia menjadi berbeza antara satu sama lain.

Secara longgar, lahirnya bangsa. Fasa keempat berlaku sekitar 200 tahun yang lalui iaitu tercetusnya Revolus Industri. Manusia mengubah persekitarannya sehinggakan hampir lenyap tekanan alam semula jadi. Di sekeliling manusia hari ini banyak produk ciptaan manusia berbanding alam semula jadi. Ramai orang yang sakit kronik dan mempunyai kecelaruan genetik dapat hidup lama dan membiak seperti orang lain kerana kemajuan teknologi dan persekitaran. Manusia tidak perlu lagi bergantung pada kekuatan genetik untuk bermandiri.

Buat pertama kalinya, persekitaran perlu tunduk kepada manusia. Fasa kelima mungkin berlaku sekitar 100 tahun akan datang iaitu Revolusi Transhumanism. Fasa kelima merupakan fasa manusia memperkasakan dirinya menjadi spesies yang lebih baik melalui teknologi nano, kecerdasan buatan dan penyuntingan genom.

Pada hari ini pun, kita telah menyaksikan beberapa individu telah melalui proses ini untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada kita semua. Karya ini menyajikan sejarah manusia yang panjang daripada gagasan dan perspektif evolusi. Ia menyentuh daripada bagaimana manusia primitif yang hampir pupus dapat menjadi penguasa dan pengubah dunia.

Penerbit:
Patriots Publication
Tahun Diterbitkan:
2022
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
353 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI