Penerbit: FIXI
Penulis: Ruwi Meita
Muka Surat: 284
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.246 kg
Dimensi (cm): 18.5cm x 12.3cm x 2cm
Bestseller Fixi!
Seorang pemain piano di Surabaya ditemui mati, terduduk di depan pianonya, dengan bibir
terjahit. Biji matanya dicungkil, meninggalkan lubang hitam yang amat mengerikan. Rambut palsu
merah panjang menutupi kepalanya. Sementara otak dan organ-organ tubuhnya telah dikeluarkan
secara paksa.
Kulitnya pucat seputih garam. Tidak, tidak sekadar seputih garam. Tapi, seluruh tubuhnya itu
benar-benar dilumuri adunan garam.
Inspektor Kiri Lamari, penyiasat kes ini, terus dihantui lubang hitam mata pemain piano. Mata yang
mengingatkan Kiri Lamari akan mata ibunya. Yang juga dia temui tak bernyawa puluhan tahun
lalu.
Garam? Kenapa garam?