Refund Points
Pembayaran Refund Melalui Kaedah Pemberian Points (My Points)
Berkuatkuasa Pada 17 Ogos 2017, segala urusan refund akan dibayar menggunakan kaedah pemberian Points.
A) Apakah itu Refund Points?
1) Refund points adalah points yang diberikan sebagai ganti kepada refund tunai.
2) Satu (1) point bersamaan dengan RM 1.00 . Point akan dimasukkan dalam akaun Bookcafe anda. Anda boleh Redeem Points tersebut untuk membeli dan membayar di Bookcafe pada bila-bila masa sahaja.
3) Emel akan diberikan setelah points masuk ke dalam akaun Bookcafe anda.
4. Pengiraan points adalah seperti berikut:
Refund:
Sekiranya refund anda bernilai : RM 81.20, points yang dimasukkan adalah 82 points.
Pembelian:
Sekiranya pembelian bernilai : RM 81.20, points yang digunakan adalah 82 points.
5. Points hanya digunakan untuk membayar harga produk di Bookcafe. Kos penghantaran perlu dibayar secara transfer wang ke akaun Bookcafe.
B) Refund point diwujudkan bagi menggantikan perkara-perkara berikut:
1) Menggantikan bayaran lebihan (baki bayaran)
2) Alternatif refund double payment
3) Alternatif refund buku tiada stok
1) Baki lebihan bayaran
Baki lebihan bayaran akan ditukarkan dalam bentuk points. Tiada pemberian buku bagi menggantikan baki selepas ini.
2) Double Payment
Sekiranya anda telah membuat bayaran dua (2) kali bagi order yang sama, bayaran kedua itu akan kami refund dalam bentuk points.
Anda boleh menggunakan points tersebut bila-bila masa sahaja untuk membeli produk-produk di Bookcafe.
3) Buku Tiada Stok
Jika terdapat buku tiada stok dan anda memilih untuk tidak menggantikan dengan tajuk lain, anda boleh meminta kami untuk refund bayaran buku itu dalam bentuk points. Kami akan masukkan poinst itu dalam akaun anda. Anda boleh redeem point tersebut untuk membeli produk di Bookcafepada bila-bila masa sahaja.
Bagaimana hendak menyemak jumlah point saya?
Anda boleh menyemak points di website Bookcafe. Klik di sini : SEMAK POINTS ANDA!
Bagaimana cara untuk reedem points saya ?
Sebarang masalah berbangkit, mohon emelkan kepada orders@bookcafe.com.my atau hubungi kami di talian : 03-618 50718.