Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Kembara Seorang Pelukis: Lakaran & Catatan 60 Hari di Eropah #(L18)

Rak: L27
RM50.00
Price in points: 50 points
Weight: 0.67 kg
9789670798073
4 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 8
ISBN-13: 978-967-0798-07-3
Jumlah Muka Surat: 245
Berat (Kg): 0.67
Penulis: Fai Zakaria
===========================

Ayah saya adalah sumber kekuatan saya. Selain tempat bermanja, menumpang kasih, bercerita dan meluah rasa, beliau adalah seorang yang paling saya percayai. Beliau juga merupakan orang yang pertama yang saya ceritakan tentang undangan diterima anak perempuan tunggalnya ini bakal mewakili Malaysia untuk menyertai pameran lukisan di Vienna sekali gus meluahkan hasrat untuk menyambut Aidikfitri di perantauan. 

Pada mulanya saya dapat melihat ada cahaya terpancar di wajahnya, tetapi cahaya yang menyirna apabila beliau mula menimbang semula persiapan yang perlu saya lakukan demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang bakal saya pikul. 

Sebagai orang Melayu bukanlah menjadi suatu perkara yang biasa buat seorang gadis bujang untuk berjalan bersendirian ke negara asing, apatah lagi selama 60 hari. Ramai di antara rakan-rakan dan kenalan yang saya kongsikan berita ini, turut menentang idea saya unruk ke Eropah bersendirian. Perhatian utama mereka banyak berkisar pada isu keselamatan.

Saya dihujani dengan pelbagai persoalan dan hampir kesemuanya berbau negatif. Persoalan sebegini sebenarnya tidak membantu malah membentuk satu kebimbangan yang tidak munasabah, tetapi akhirnya kebimbangan itu dapat saya atasi dengan berfikiran positif tentang pengalaman yang bakal saya perolehi serta keindahan setiap tempat yang bakal saya kecapi dan bukan keburukannya. Akhirnya tiket dalam genggaman saya.

Ayah dilanda kebimbngan malah saya juga, tetapi Ayah mengetepikan semua rasa yang bersarang dan menyakinkan saya bahawa menyedari  hadirnya rasa bimbang itu adalah satu petanda yang baik. Malah jika perasaan itu dapat diatasi, ia adalah lambang kejayaan seseorang itu. Beliau mengajar saya bahawa kekuatan mengatasi sesuatu rintangan adalah satu-satunya kekuatan yang boleh mengatasi apa jua halangan. 

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan dan buku ini adalah buktinya. Bukti pengalaman daripad aperjalanan yang telah banyak memanusiakan saya. 

Saya sentiasa percaya 'Let Go and Let God'. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Rak:
L27

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI