Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Ejen Ali Misi Aktiviti & Mewarna 4 (Q13)

RM3.90
Price in points: 4 points
Weight: 0.07 kg
9789671641255
28 pieces
+
Add to wish list

Dimensi (cm):  26 cm x 18.3 cm x 0.2 cm

Buku Aktiviti Mewarna untuk anak-anak seawal usia 3 tahun.

Pelbagai karakter dari Ejen Ali untuk diwarnakan.

Antara aktiviti yang ada dalam buku ini adalah :

1. Mewarna

2. Cari Jalan

3. Padankan

4. Menyambung titik dari huruf a hingga z.

5. Pilih bayang

6. Menyambungkan titik dari nombor 1 hingga 20

7. Lukis semula dan warna

Kebaikan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.

1. Meningkatkan tumpuan

Mewarna melatih si manja memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan. Dia perlu menumpukan perhatian kepada pergerakan kayu warna dan tugasnya dalam menyiapkan karyanya di atas kertas itu.

2. Menajamkan kemahiran motor kasar

Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk menyelaras mata dan pergerakan tangan. Mereka dapat belajar untuk memegang pensel dan mengawal pergerakan dengan cara mewarna tanpa melampaui garis.

3. Memperkenalkan warna

Kepelbagaian warna mempesonakan si kecil. Justeru, cara ini boleh dijadikan sesi pengenalan anak kepada warna. Kepelbagaian warna yang diperkenalkan adalah cara yang berkesan untuk membuat kanak-kanak mengenal pasti dan ingat bayangan warna.

4. Merangsang kreativiti

Imej yang digariskan menyediakan skop yang cukup untuk si manja berfikir tentang kombinasi warna yang dia gunakan untuk mencantikkan gambar yang sedang diwarnakan. Dia berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif di dalam dirinya.

5. Bertenang

Aktiviti mewarna boleh menjadikan si kecil belajar bertenang dan melupakan aktiviti fizikalnya yang cukup aktif. Dia juga belajar untuk bersabar dan fokus kepada penelitian dalam menyudahkan karyanya. Ini juga masa untuk anda duduk bersama berbincang tentang objek yang sedang diwarnainya.

6. Menghalusi

Dengan mewarna, si manja juga mampu mengenal pasti corak, kepekatan warna, ketebalan garisan, perspektif, bentuk dan rupa. Perkara ini penting sebagai asas pra pembacaan dan pra matematik. Jadi, sebelum anda menghalang dan memarahi minat anak untuk belajar mewarna, fahami terlebih dahulu kesan positif mewarna yang mampu merangsang otak genius si manja.

Penerbit:
Armani Gold Mind
Tahun Diterbitkan:
2020
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih & Berwarna
Muka Surat:
24 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI