Ketika dunia berpecah kepada tiga kuasa untuk menguasai antara satu sama lain, tidak semua ikut serta dalam kegilaan ini. Ada yang mahu bebas, menjadi diri sendiri dan bertindak menentang kejahatan yang wujud akibat perpecahan tersebut.
Untuk itu, mereka perlu mempunyai tiga ciri.
Marhaen, muda, melawan.
Tetapi dalam menentang kejahatan, perlu diingat bahawa kejahatan juga sedang menunggu untuk mempengaruhi dan mengubah hidup mereka.
Dan semuanya bermula di penjara bernama Syeol Enam.