Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


NOVEL HAZRAEL - HARLEEN (FAJAR PAKEER) (Z9)

RM29.00
Price in points: 29 points
Weight: 0.46 kg
9789838222051
Out-of-stock
Tajuk: NOVEL HAZRAEL - HARLEEN (FAJAR PAKEER)
ISBN: 9789838222051
Penerbit: FAJAR PAKEER
Penulis: HARLEEN
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 582 M/S
Halaman: HITAM PUTIH
Format: PAPERBACK
Berat (kg): 0.464 KG
Dimensi (cm): 11.5cm x 18.5cm x 2.5cm
 
SINOPSIS
 
Dia lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina daripada menyentuh kematian.

Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya.

Neil Hazrael, seorang lelaki yang hampir mati kerana tindakan Naina yang meling. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan.

“Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?” — NEIL HAZRAEL

Namun, apabila kes kendalian Naina semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian parah. Apatah lagi penggodam genius itu adalah musuh utama pihak polis yang tindakannya selangkah ke hadapan daripada mereka.

Apa motif dan kemahuannya? Dendam dan kebencian? Pertumpahan darah? Kemewahan dan kemasyhuran? Soalan paling penting, siapa gerangannya?

Dalam mencari jawapan, Hazrael sentiasa di sisi Naina, memberi semangat dan membantu menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu!

“Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri." — NAINA HIJANNAH

Di situ, bertambah lagi persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu?

Bagaimana pula dengan Hazrael? Adakah dia seorang hero ataupun seorang pengkhianat?

Barangkali benar, kepercayaan mereka hanyalah palsu dan bakal menghilang, di antara rahsia dan kisah silam.

“As time flies, everything will make sense."
Penerbit:
FAJAR PAKEER
Tahun Diterbitkan:
2023
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
582 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI