Format: Paperback
Saiz: 5.95" x 8.9"
ISBN-13: 9789672066064
Tarikh Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 180
Berat (Kg): 0.358
KINI hampir dua dekad atrau 20 tahun Anwar dianiayai. Dan selama itulah juga tempohnya gerakan Reformasi yang dilancarkan Anwar sejak dia disingkir oleh rejim Dr Mahathir itu. Dalam politik, tempoh selama 20 tahun bukanlah satu tempoh yang pendek. Ia adalah tempoh untuk satu generasi. Apakah yang telah berlaku selama tempoh itu terhadap Anwar Ibrahim dan pejuangnya?
Apakah perjuangan Anwar Ibrahim? Anwar memperjuangkan keadilan untuk rakyat, membela nasib rakyat miskin atau tertindas. anwar memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang islami, bersih, adil dan bebas rasuah. Anwar memperjuangkan pendidikan yantg adil untuk rakyat, dan macam macam lagi.
Idea dan prinsip yang dipegangnya tidak pernah berubah. Beliau tidak pernah mengalah atau menggadaikan prinsip perjuangan demi membela agama dan rakyat tertindas. Beliau sanggup meringkup dalam penjara demi keadilan dan kebenaran. Beliau sanggup memilih sengsara daripada berkompromi dan bersengkokol dengan kebatilan dan kemungkaran, kronisme dan kerakusan kuasa sesetengah pemimpin.