Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Dr Mohamed Mursi- Dari Penjara ke Istana (AR) #(Q17)

RM15.00
Price in points: 15 points
Weight: 0.15 kg
9789675688171
Out-of-stock
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13:9789675688171
Jumlah Muka Surat: 180
Berat (Kg): 0.15
===========================
 
Revolusi Mesir awal tahun lalu telah menghantar seorang anak petani menjadi Presiden. Dia memang belum lama terpilih sebagai Presiden. Namun, pelajaran berharga sudah diperoleh dari dirinya. Pidato yang dia sampaikan penuh dengan nasihat dan pengajaran yang patut diteladani oleh pengatur negara-negara manapun, terutama negara umat Islam.
Dr. Mursi mengajarkan bagaimana sebaiknya pemimpin bersikap. Dia menempatkan dirinya bukan sebagai penguasa, melainkan sebagai pelayan rakyat. Dia menempatkan toleransi di atas segala-galanya. Dia merapatkan perbedaan yang tidak prinsip. Mursi tidak hanya dikenal sebagai ahli akademik yang menyelesaikan program Doktornya di Universiti of Southern California. Dia juga peribadi sederhana yang sangat taat beragama. Dia menjadi presiden pertama Nan Hafiz, hafaz al-Quran 30 juzuk. Tidak hanya dia seorang, isteri dan lima orang anaknya juga hafaz 30 juzuk al-Quran.
 
Buku ini bertutur tentang biografi Dr. Mursi. Dimulai dari masa kecil hingga dirinya terpilih sebagai presiden. Kemudian menuturkan detik-detik Revolusi Mesir, proses pilihanraya umum hingga terpilihnya dia menjadi Presiden. Sedikit analisis tentang bagaimana kondisi ‘dunia’ setelah terpilihnya Dr. Mursi. Wa bil hal, keadaan Mesir dan Palestin. Diakui, segala penderitaan rakyat Palestin, khususnya Gaza, tidak bole h dipisahkan dengan kebijakan Mesir selama ini.
 
Dengan terpilihnya Dr. Mursi sebagai Presiden Mesir tentu akan merubah senario Palestin mengingat Presiden Mursi adalah bahagian dari al-Ikhwan al-Muslimun, jamaah yang berada di baris terdepan membela bangsa Palestin bersama dengan kumpulan lainnya.Dan umat di Nusantara, amat bertuah dengan kisah keperihatinan Dr. Mursi, yang datang bersama Badan Kebajikan al-Ikhwan mengunjungi dan membantu rakyat Aceh, setelah tragedi Tsunami yang sangat menyayat hati pada 26 Disember 2004.
Dan yang lebih penting biografinya adalah dia pernah dipenjarakan, sebagaimana pidato Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh menyambut kemenangan Dr. Mursi “bahawa penjara Mesir benar ajaib, masuk ke dalamnya Nabi Yusuf AS dan setelah keluar menjadi pemerintah Mesir pada waktu itu. Beberapa ratus abad kemudian Dr. Mursi yang juga dipenjarakan di tempat ini, keluar dari penjara kemudiannya menjadi Presiden Mesir dengan kehendak Allah, Subhanallah“. – Penerbit.

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI