Catatan ini adalah sekumpulan pelajar di Malaysia yang belajar di seluruh Turki yang merupakan hasil refleksi peribadi mereka terhadap persekitaran, keadaan, suasana termasuk emosi dan perasaan selama menetap di sana. Inilah yang dikatakan sebagai Universiti Kehidupan oleh Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, “hidup adalah sebuah sekolah yang mana orang , situasi dan kondisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita.”
Buku ini amat sesuai untuk masyarakat awam yang ingin tahu tentang bagaimana proses untuk menyambung pelajaran di Turki, bagaimana keadaan dan situasi sebenar pelajar-pelajar di Turki, adakah mudah untuk berurusan dengan orang-orang Turki, adakah situasi di Istanbul dan bandar-bandar lain sama dan sebagainya.