Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Dalam Mihrab Cinta (M4)

RM25.90
Weight: 0.33 kg
9789832672500
Out-of-stock
===========================
ISBN:9789832672500
Jumlah Muka Surat: 421
Berat (Kg): 0.328
===========================
 
Siang itu, Pondok Al-Furqan yang terletak di daerah pagu,Kediri,Jawa Tengah dikejutkan oleh satu peristiwa. Pengurus bahagian keamanan mengheret seorang santri yang telah disyaki mencuri. Beberapa orang santri langsung membelasah santri berambut gondrong itu. Santri itu berteriak kesakitan dan memohon supaya tidak dibelasah.
Ampun, tolong jangan pukul saya. Saya tidak mencuri! Santri yang wajahnya sudah berdarah itu disertai raut wajah meminta belas kasihan.
Cepat mengaku. Kalau tidak pasti kupecahkan kepalamu! Teriak seorang santri yang bersongkok hitam dengan wajah amat geram.
Sungguh, bukan saya yang mencuri, Si Rambut Gondrong itu tetap tidak mahu mengaku perbuatan mencuri.
Dengan serta merta, dua tumbukan melayang ke wajahnya. Rasakan ini pencuri! Teriak kepala Bahagian Keamanan yang turut melayangkan pukulan. Si Rambut Gondrong mengeluh lalu pengsan.
Menjelang Asar, si Rambut Gondrong itu sedarkan diri. Dia ditahan dalam satu gudang pondok yang dijaga beberapa orang santri. Kedua tangan dan kakinya diikat. Air matanya berlinangan. Dia meratapi nasibnya. Seluruh tubuhnya terasa kesakitan. Dia merasa kematian sudah di depan mata.
Di luar gudang para santri ramai berkerumun. mereka berteriak dalam marah dan geram.
Pencuri jangan diberi kata maaf!
Belasah saja pencuri gondrong itu sampai mati!
Pencuri tidak sepatutnya mengaku sebagai santri. Ini kurang ajar. Tidak ada kata maaf!
Dia menangis mendengar semua itu. Sepuluh minit kemudian pintu gudang terbuka. Dia amat ketakutan. Tanpa dia sedari, dia terkencing dalam seluarnya kerana takut yang teramat sangat. Para Santri yang didera marah meluap hendak mencerobos masuk ke dalam gudang. Tapi kepala kampung di kawasan pondok melarang mereka dengan sedaya upaya. Pimpinan pondok kemudian masuk dengan wajah yang gementar menyaksikan kejadian itu.

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI