Tajuk: Dalam Bilik Darjah 2.0
ISBN: 9789672014935
Penulis : Sofuan Saadon
Penerbit : Kata Pilar Medik
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 215
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.3 kg
Dimensi (cm): 20 cm x 13 cm x 1 cm
SINOPSIS
“Kamu demam ke? Muka pucat saja.”
“Haaa… lambat kamu ke sekolah hari ini.”
“Sedia? 3…2…1 pecut!”
“Sudah, jangan bergaduh! Minta maaf balik!”
“Nah, ambil RM3 ni buat belanja rehat nanti.”
Seorang guru ibarat seorang wira yang sentiasa bersedia membantu. Mereka akan menolong anak-anak didik mereka supaya cukup serba-serbi, bukan hanya menyampaikan ilmu di dalam kelas. Segarang mana pun, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak muridnya.
Di rumah pula, mereka akan menyambung kerja-kerja yang tidak sempat diselesaikan di dalam bilik guru. Cikgu pun perlu siapkan ‘homework’ tau! Itu belum lagi perlu melayan pelbagai ragam pelajar dan ibu bapa mereka.
Dalam Bilik Darjah 2.0 kembali membawa anda ke sekolah dengan cerita-cerita lucu, menginspirasi dan mengimbau.
Loceng dah berbunyi. Jom masuk kelas!