SINOPSIS / SARI RANSANG
Lima tahun berlalu, Umar Shafie menjaga Umairah Nurain dengan penuh kasih sayang. Tetapi permintaan Umairah untuk pengganti ibunya menyesakkan dada Umar. Cintanya masih untuk Annisa Nurain. Bertambah kusut bila ibu mentuanya meminta dia menerima Kayla, sepupu kepada Anis sebagai ibu baru Umairah.
Nurain Amna. Pekerja baru di syarikatnya. Kehadiran Nurain Amna di pejabat membuatkan dia kembali jatuh hati. Dia mula menyukai kesederhanaan gadis ini. Dia yakin, Amnalah perempuan yang akan menjaga Umairah dan membahagiakannya. Begitu juga dengan Amna. Dia juga mula jatuh hati pada Umar.
“Hati saya ni dah accident teruk. Calar balar sana sini. Sanggup ke bos terima hati yang
dah cacat ni. Sanggup ke bos sembuhkan luka-luka tu?”- Amna
“Saya memang betul-betul sukakan awak. Cinta saya pada awak takde brek tau! Jalan
terus je.” – Umar
Saat Amna ingin meluahkan rasa cintanya pada Umar, Kayla datang menagih kasih. Namun kejadian tidak diduga terjadi. Amna sedih dan kecewa. Umar pula menjauhkan diri.
“Amna… Wait!” – Umar
“Lepaskan saya, Encik Umar.” – Amna
“I’m sorry. But please Amna… Please. Listen to me.” – Umar
“Kenapa mesti saya dengar apa yang encik nak perkatakan?” – Amna
“I owed you an explanation.” – Umar
“Encik tak hutang saya apa-apa.” – Amna
Adakah cinta sememangnya sukar untuk dimiliki? Atau, peluang itu hanya datang sekali untuk dia merasa bahagia? Dia adalah Umar Shafie yang cintakan kesederhanaan wanita bernama Nurain.