Tajuk: Bintang Hati Abang
ISBN: 9789672394143
Penerbit: Karya Publika
Penulis: Nurhayati Ishak
Tahun Terbit: 2021
Muka Surat: 441
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat: 0.35 kg
Dimensi(cm): 18.4 x 11.6 x 2.1
"Boon. you pergilah temankan Denis kat kereta sana. Kesian pulak dia memandu balik seorang-seorang. "Kerah Josen. Pantas Bunga rungkai tali pinggang keledar.
"Tak payah!" jerkah Dee George.
Bunga baru sahaja buka pintu kereta dan keluarkan kakinya letak atas tanah. Dee George tiba-tiba jerkah dengan kuat. Sampai terangkat terus kakinya masuk ke dalam kereta semula. Perlahan-lahan dia tutup pintu. Geram jugak dia. Terkejut macam nak mati! Dia lihat Josen sudah mengurut dada.
Bunga paling ke belakang. Dia nampak muka Dee George sudah macam naga raya Cina. Merah menyala hingga merebak ke telinga.
"Jerkah kuat-kuat sangat kenapa? Orang terkejut tahu tak?!" Bunga pun bukan tahan sabar sangat. Kalau buat dia terkejut, cepat sangat dia naik angin nak marahnya tu. Sempat dia jegil pada Dee George macam nak terkeluar biji mata. Tapi Dee George langsung tak gerun. Dia buat tak tahu sambil pandang ke luar tingkap. Josen sudah kalut. Dua-dua orang ni sudah main tengking-tengking pula di dalam keretanya.
"Kenapa dengan dia ni? Dah datang bulan?" Bunga pandang ke arah Josen dan bertanya dengan keras. Tetapi ayatnya itu sinis terarah kepada Dee George.
Apabila Bunga lepaskan ayat itu, berdekit-dekit Josen ketawa. Dee George pula terus beralih memandang Bunga dengan pantas. Tapi Bunga tak pusing pun membalas pandangannya.
Perjalanan bermula dalam keadaan sunyi sepi macam berada di dalam lubang kubur. Jemu juga suasana macam itu. Josen lalu pasangkan lagu kuat-kuat. Tiba-tiba siaran radio putarkan lagu Kantonis. Entah dari mana datangnya. Sedap-sedap dengar lagu Melayu, menvelit pulak lagu Kantonis di antaranya. Tapi melodinya sedih sangat Bunga rasa. Nak-nak pulak selepas kena jerkah dengan Dee George tadi. Rasa macam nak menangis saja di dalam kereta. Tapi dia tak naklah tunjuk
lemah sangat sampai nak menangis dengar lagu yang dia tak faham maksudnya tu.
Bunga nampak Josen pun ikut menyanyi lagu itu perlahan-lahan. Sendu sungguh muka dia. Macam terkenang peristiwa lama aje. Kesian pula Bunga tengok. Bunga tak nak ganggu mood sentimental Josen. Terus dia pandang keluar dan pejamkan mata untuk menghayati lagu itu. Tiba-tiba dari belakang. terdengar kuat Dee George menyanyi.
Yuen leong ngor jea yat sang but get long jung ngoi ji yao
Ya wui pa yao yat tin wui dit dou ohhhhnooo
Pui hei liu lei siong, sui yan dou hor yi
Na wui pa yao yat tin ji lei gung ngor...
Macam nak terpelanting jantung Bunga keluar ikut tingkap apabila tiba-tiba Dee George buat perangai sewel macam tu. Dengan suara vang langsung tak ikut tone lagu pula tu! Sudahlah suara macam itik, ada hati nak menyanyi kuat-kuat tunjuk perasaan.
"Nyanyi kuat-kuat sangat kenapa?" jerkah Bunga.
Dee George langsung tak pedulikan tengkingan Bunga. Dia lepaskan suara dengan sesungguh hati. Sedih sangat dia rasa apabila dengar lagu tu. Sambil terlentang tidur di bahagian tempat duduk belakang dalam keadaan bersila panggung. dia melalak-lalak macam orang gila. Sepatah lirik pun dia tak tinggal. Sampai terdiam terus Josen dan hilang feel dia nak sambung berangan.
“Dah gila pulak ke?" Bunga kalih pandang Josen dan terlepas ayat itu dari mulutnya. Meledak ketawa Josen selepas itu.
"Entah. Adalah dekat mana-mana wayar putus tu." Josen tambah ayat sikit. Kemudian mereka layan gelak, sementara Dee George menghabiskan nyanyiannya dengan suara yang macam itik tu.