Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5”
ISBN-13: 978-983-097-556-6
Berat (Kg): 0.40
*FLASHER: *Mereka bangkit dari kesedihan untuk menikmati sepenuhnya ciptaan
Tuhan kerana yakin ... syurga-Nya menanti di hujungjalan.
Satu tribut kepada kehadiran Balqis Fathiyah Taibah (Kakak) dalam keluarga
kami. Teruslah tersenyum kerana senyumanmu sungguh membahagiakan jiwa Umi.
Teruslah tersenyum hingga ke syurga. Kelak, apabila Kakak Aqish tiba di
pintu syurga, mohonlah daripada Penciptamu, Allah Yang Maha Mengampuni,
untuk izinkan Umi, Abi, Naufal, Nadiyah, Wardah, Nasif dan Nafis bersama
Kakak Aqish dan Haneen Sakinah agar kita sekeluarga diizinkan-Nya untuk
mendiami tempat terindah yang diidami itu.
Testimoni:
Kelahiran buku ini merupakan satu perlambangan besar. Penulis benar-benar
meredhai kehadiran Balqis dan melihat anak itu sebagai anugerah Allah SWT
yang tidak ternilai. Kemampuan merakam dan berkongsi pengalaman ini – juga
– merupakan ilham Allah yang dianugerahkan-Nya kepada insan terpilih.
*Muhd Kamil Ibrahim & Raudzah Roslan*