Penerbit: MUST READ
Penulis: UMMI ZIRA
Muka Surat: 192
Halaman: HITAM PUTIH
Format: SOFT COVER
Berat (kg): 0.212
Dimensi (cm): 13cm x 19cm x 1 cm
"Tidak mengapa untuk menangis. Tidak mengapa untuk kecewa. Tidak mengapa untuk marah. Tidak mengapa untuk beremosi apa pun jua. Bukan hanya emosi gembira dan bahagia saja perlu dirai, tetapi juga emosi-emosi sebaliknya. Akan tetapi, ia perlulah dikawal dan diuruskan dengan baik. Sememangnya ada caranya."
Jika dibandingkan antara ibu dengan bapa, ibu merupakan antara insan yang paling dekat dan berhubung terus dengan anak sejak anak berada di dalam rahim lagi. Maka, perlunya kita yang bergelar isteri dan ibu memperbaik diri dari segala sudut untuk menjadi pendidik yang baik juga kepada anak.
Buku Bahagialah Isteri, Tenanglah Ibu ini ialah panduan untuk para wanita yang bergelar isteri, ibu, bakal isteri dan bakal ibu untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik. Selain itu, buku ini dapat menjadikan diri kita sendiri insan yang sentiasa bersyukur, sabar, ikhlas dan reda seterusnya membina generasi peradaban yang baik pada masa akan datang.