ISBN: 9789670951508
Penerbit: Tiga Ros Trading Sdn.Bhd
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.210
Dimensi (cm):18.8cm x 12.5cm x 1.1cm
Apakah yang harus anda fahami tentang temu duga? Apakah matlamatnya? Temu duga diadakan untuk memberi peluang kepada majikan untuk lebih mengenali diri anda, mengenali personaliti anda dan menentukan sama ada anda sesuai atau tidak untuk jawatan tersebut.
Buku ini menyediakan soalan-soalan yang lazim ditanya dalam temu duga berserta contoh jawapan. Kebanyakan jawapan yang diberi adalah mengikut pengalaman yang diceritakan semula untuk menepati kehendak soalan. Cuba kaitkan jawapan dengan pengalaman yang pernah anda lalui.
Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian soalan mengikut kategori tertentu. Semua soalan dan jawapan disediakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terjemahan yang dibuat tidak sama sepenuhnya kerana disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan. Oleh itu, diharap buku ini dapat menjadi panduan yang berguna untuk semua.