Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Asil Pelindung Khalifah #1: Tukang Masak Yang Menyelinap Ke Istana Uthmaniyah #(L43,BL41)

Harga Asal: RM10.00
RM8.80
ANDA JIMAT: RM1.20 (12%)
Price in points: 9 points
Weight: 0.17 kg
9789672459194
96 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Asil Pelindung Khalifah #1: Tukang Masak Yang Menyelinap Ke Istana Uthmaniyah

ISBN: 9789672459194

Penerbit: Iman Publication

Penulis: Hazwan Osman

Pelukis: Nafisah Hisam

Muka Surat: 114 m/s

Halaman: Hitam Putih

Berat (Kg): 0.17

Tahun Terbit: 2021

Format: Paperback

Dimensi (Cm): 21 x 14.8 x 0.7

 

KOMIK INI MENGISAHKAN :

Asil iaitu seorang pemuda yang handal memasak, telah menyamar sebagai tukang masak istana dan menjadi pengintip kepada Sultan Abdul Hamid II (SAH II) bagi pihak CUP (Committee of Union and Progres) yang berkomplot mahu menjatuhkan pemerintahan SAH II.

Namun, apabila Asil bertemu dan mengenali sendiri keperibadian SAH II, beliau bukanlah pemerintah kejam seperti yang dikhabarkan dan ini membuatkan Asil tertanya-tanya mengapa ada pihak yang mahu menjatuhkan khalifah.

 

Apakah Asil berjaya menjalankan misinya?


 

 

 

SINOPSIS: 

 

“Asil, misi kamu kali ini adalah menyelinap ke istana sebagai tukang masak.”
 
“Hah?” Tercengang Asil mendengarnya.

 

***
 
Daulah Uthmaniyah meski makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, ada pakatan belot yang cuba menggulingkan pemerintahan beliau.
 
Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan khalifah Uthmaniyah ketika itu.
 
Kerana itu, Asil dihantar untuk menyelinap ke istana – agar rancangan Sultan Abdul Hamid II untuk menghalang pemberontakan gagal!
 
Namun, ketika Asil mula bertugas sebagai tukang masak, semua orang di istana menunjukkan rasa sayang pada Sultan.
 
Lebih mengejutkannya apabila dia melihat sendiri akhlak Sultan yang terpuji, bukannya pemimpin kejam seperti yang dikhabarkan.
 
Asil mula tertanya-tanya. Mengapa ada orang yang mahu menjatuhkan khalifah?
 
 
 
 
Komik Asil ini untuk siapa?

Sesuai untuk semua pembaca tanpa mengira umur yang ingin memahami sejarah Uthmaniyah dengan lebih santai.


Komik Asil ini dari sejarah yang sebenar?

Komik Asil Pelindung Khalifah ialah komik yang mengambil inspirasi daripada sejarah sebenar (genre fiksyen sejarah).

Antara sumber rujukan komik adalah jurnal artikel sejarah, buku Bangkit Dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah karangan Prof Dr Ali Muhammad Ash-Shallabi serta pakar dan pengkaji sejarah Uthmaniyah iaitu Tuan Najmuddin dari Grup Pengkaji Tamadun Dunia.


Apa yang menarik tentang Komik Asil ini?

- Dapat belajar sejarah Islam Uthmaniyah dengan naratif ejen perisik.

- Memberi pendedahan kepada anak-anak tentang sejarah Islam.

- Mengenali kepimpinan tokoh Islam yang tersohor semasa Kerajaan Uthmaniyah.


Komik ini hanya memaparkan aksi sahaja ke?

Ada infografik sejarah yang mudah difahami, ilustrasi komik yang cantik serta penceritaan yang menarik dan menyentuh hati.


Adakah Komik Asil ini sambungan kepada siri Komik Gaza Mini?

Komik Asil ini ialah pelengkap kepada siri Komik Gaza Mini yang berkisar tentang Kerajaan Uthaminyah yang pernah menaungi dan melindungi Palestin daripada jatuh ke tangan Yahudi.
 
Penerbit:
Iman Publication
Tahun Diterbitkan:
2021
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
114 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI