Format: Paperback
ISBN-13: 978-9677-5137-13-6
Tarikh Terbit: 4 Aug 2008
Jumlah Muka Surat : 128
Berat (KG): 0.18
============================
"Orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong kepada sebahagian yang lain...."(Surah at-Taubah, ayat 71) "Teruja membaca buku ini kerana lain daripada yang lain. Tulisan di dalam buku ini berani, bernas dan terkehadapan. Tidak ramai penulis dapat mengupas isu permasalahan wanita masa kini dengan begitu terbuka tanpa mengenepikan syariah Islam." -YB Dr. Lo' Lo' binti Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur. "Ringkas, padat dan mudah difahami. Ia menjadi bahan rujukan dan panduan yang sangat berfaedah kepada wanita yang berpolitik atau yang ingin menceburkan diri dalam bidang politik. Buku ini membuka minda dan tanggapan masyarakat selama ini bahawa kaum wanita tidak dibenarkan untuk menyertai kerja sosial dan politik." -YB Dato' Shahaniza bte Hj Shamsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (DUN Kuala Sentul) Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik mendedahkan bagaimana wanita mengalami proses kebangkitan semula daripada golongan yang ditindas kepada golongan yang mampu mengubah politik dunia. Persepsi sesetengah golongan yang mahukan wanita hanya berkhidmat di rumah dengan alasan agama dan adat kini tidak relevan lagi. Hayati pendedahan Dr. Shayuthy Abdul Manas, Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengupas persepsi ini daripada sudut pandang kontemporari berdasarkan hujah al-Quran, sunnah dan teori- teori sarjana Islam yang diiktiraf. Beliau banyak menyumbangkan karya penulisan dalam bentuk artikel dan buku-buku ilmiah.
No posts found