Penerbit: Hamare Publication
Penulis: Izzati Elya
Muka Surat: 154
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.223
Dimensi (cm): 21cm x 15cm x 1cm
Tuntasnya, penulis mahu pemuda-pemuda yang berpotensi tinggi untuk menjadikan dunia ini sebagal dunia rahmah dan harmoni dikejutkan, kerana ramai yang masih tidur. Kita perlukan insan-insan yang rela berkorban masa, tenaga, harta dan diri untuk bangunkan mereka. Dunia tidak perlukan mereka yang banyak ilmu tetapi ia disimpan di dada tanpa diamalkan, sebaliknya dunia memerlukan mereka yang mempunyai ilmu lalu mereka bergerak melalui amalnya.
Imam Hasan Al-Banna menggariskan 4 ciri-ciri pemuda; iman, ikhlas, semangat dan amal. Andai salah satu daripada ciri tersebut tiada, maka pemuda tersebut perlu bangun dari tidurnya dan usaha untuk penuhkan kesemua ciri-ciri yang ada. Bangunlah wahai pemuda! Kita ada dunia untuk didamaikan. Kita ada akhirat untuk nikmat pembalasan. Semoga kita termasuk menjadi golongan 'Generasi Yang Dinantikan'.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan sebahagian kecil ilmu yang aku tahu bersendikan agama-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Moga peroleh redha-Mu, Nur Izzati Elya Binti Alfian.