SINOPSIS
Sejak Qalil ada adik perempuan, dia sudah tidak menjalani kehidupan seperti lelaki bujang yang lain. Dirinya harus menerima ujian yang paling perit dalam hidup iaitu kehilangan.
Namun, dalam masa yang sama dia harus menerima sebuah amanah yang tidak pernah terbayang olehnya sebelum ini. Qalil perlu menerima kedua-dua tanggungjawab itu sekali gus. Dan dia perlu menjadi contoh terbaik untuk orang di sekelilingya.
"Semuanya terlalu cepat. Terlalu pahit untuk ditelan.
Allah tak akan uji seseorang hamba melainkan dia mampu.
Tapi mampukah aku?"