Format: Paperback
Saiz: 5.75" x 8.25"
ISBN-13: 9789670562315
Jumlah Muka Surat: 88
Kassim Ahmad, seorang karyawan dan bekas aktivis politik sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan ‘kasta paderi’. Beliau turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa golongan itu melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.
Resolusi seminar itu juga mahu mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu. Ia turut mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadis.
Justeru kami merasa terpanggil untuk mengemukakan sebuah buku bertajuk “Anti Hadis: Inilah Jawapannya” yang ditulis oleh al-Fadhil Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Semoga sedikit pencerahan ini menjadi mukaddimah untuk dilanjutkan lagi perbincangan berkenaan kewajipan umat Islam mempertahankan Rasul dan Sunnahnya dengan bersungguh-sungguh.
ISI KANDUNGAN
BAB 1: Sejarah Anti Hadis
BAB 2: Syubhah dan Inilah Jawapannya
BAB 3: Kedudukan Sunnah dan Kewajipan Beriman Dengannya
BAB 4: Reaksi Cendekiawan dan Cadangan
BAB 5: Fatwa Ulama
BAB 6: Pendirian Maulana Abu Hassan al- Nadwi
BAB 7: Tanggungjawab Pemerintah