Aku Yang Melepaskan
Ketahuilah, sakit bukanlah selamanya musibah, tetapi anugerah daripada Allah yang penuh hikmah bagi orang yang mengambil ibrah. Begitu lembutnya Allah menjentik hati agar kita menyedari bahawa sesungguhnya dengan ujian sakit ini, sebenarnya merupakan tanda kasih dan rahmat Allah kepada kita. Terimalah ujian itu sebagai hadiah yang paling bermakna daripada Pencipta buat hamba-Nya, kerana di penghujungnnya akan terzahirnya sebuah kemanisan yang tidak pernah dikecapi.