Penerbit: Hijjaz Records
Penulis: R Hamkama
Muka Surat: 112
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.210 kg
Dimensi (cm): 21.5 cm x 13.3 cm x 1 cm
R. Hamkama memilih subjek dengan caranya yang khas. Setiapnya kelihatan seumpama berlakunya pertembungan - di luar dan dalam diri. Sensitiviti dan persepsinya segera menyerap, berhujah atau berdebat. Pengalaman kreatifnya tampil menyarungkan baju kata, imej dan perlambangan kepada idea yang segera diberikan warna dan ritma. Puisinya diberi pula tataan dan perhiasan bisikan mesej atau amanat - sebagaimana yang disebut terlebih awal, secara berbalam-balam, dan dengan kaedah inilah karyanya terasakan akrab di hari khalayak pembaca. R. Hamkama menyungguhi gayanya ini merentasi tahun dan dasawarsa membentuk dan mencipta idiosinkrasi.