Penerbit: Fudzail Publication
Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor
Muka Surat: 129
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.145 kg
Dimensi (cm): 20.3 cm x 12.7 cm x 0.7 cm
Saya dibawa dengan ambulan ke Hospital Serdang. Apabila sedar, separuh badan sebelah kanan mati. Saya tidak boleh bangun dari katil hospital. Saya tidak kenal sesiapa. Saya lupa 100% Saya kini OKU.
Kumpulan Puisi Aku OKU dikarang untuk mengingatkan kita semua tentang Allah SWT dan kehidupan setiap manusia dan makhluk. Tidak kira sempurna atau OKU. Kita berkongsi bersama-sama OKU di mana penulis adalah salah seorang daripada manusia yang bersyukur untuk
menerima kenyataan akibat strok pada Ogos 2018.
Diskriminasi terhadap makhluk yang lemah seperti OKU dengan pandangan yang stereotaip akan menyebabkan golongan OKU akan dibiarkan. Masyarakat harus diberikan pendedahan yang sewajarnya tentang cara berinteraksi dengan OKU mengikut apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Susulan dari kesedaran rasa tanggungjawab dan sebagai OKU penulis merasa terpanggil untuk menyuarakan pelbagai keluhan agar difahami sebaik-baiknya.