Penerbit: Biblio Press
Penulis: Nathaniel Hawthorne
Muka Surat: 226 m/s
Halaman: hitam putih
Format: paperback
Berat (kg): 0.215 kg
Dimensi (cm): 19.5cm x 13cm 1.5cm
"Adakah kerana aku dihukum di atas perancah kayu penjenayah, maka hanya aku sahaja pendosa di dunia ini? Memakai aksara merah darah yang membara di dadako merupakan satu pembebasan berbanding pendosa pendosa rahsia yang sentiasa terseksa dalam penjara baten sendhei Adakah itu yang difikirkan oleh Hester Prynne ketika terpaksa menjalani hukuman yang begitu memalukan?
Adakah seseorang yang dilahirkan di luar ikatan pernikahan juga seorang pendosa? Pearl, anak kecil berwajah rupawan, tidak pernah kenal siapa ayahnya namun menerima penghakiman masyarakat terhadap dirinya. Begitulah dunia yang kejam menghukum manusia!
Seorang menteri agama yang dipandang mulia di sisi masyarakat, adakah ini membuatkan perlakuan dosanya lebih ringan di sisi Tuhan? Arthur Dimmesdale seorang yang berpendidikan tinggi dan warak, namun hatinya berperang antara cinta terhadap manusia dan cintanya kepada Tuhan.
Berlatarkan kehidupan masyarakat Puritan era 1640-an, novel ini berkisar cinta dan dosa yang meneroka kerumitan emosi manusia dan kekerasan hukuman terhadap pendosa, sekaligus memberi pengajaran tentang kepentingan belas kasihan, kemaafan dan harapan.