Tajuk: Agar Rezeki Datang Tidak Terduga
ISBN: 978-967-481-917-0
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Dwi Suwiknyo
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 470
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.445kg
Dimensi (cm): 13.5cm x 19cm x 2.5cm
SINOPSIS
Buku Agar Rezeki Datang Tidak Terduga menitipkan keyakinan saat kita beriktiar untuk menjemput rezeki, maka rezeki akan datang dari arah yang tidak terduga.
Betul, ada ketikanya kita berasa sangat gelisah kerana terlalu memikirkan soal rezeki. Hal ini seolah-olah kita tidak yakin dengan rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah.
Sebenarnya, kita perlu meyakini setiap manusia yang diciptakan Allah, pasti sudah disiapkan rezeki untuknya dan ini akan membuatkan hati kita lebih tenang.
Sebenarnya kita patut bersyukur apabila rezeki kita masih menjadi tek-teki dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Maknanya, kita akan semakin dekat, dan hanya berharap kepada Allah Yang Maha Esa.
Bukankah itu semua lebih daripada cukup untuk menjamin ketenangan hati kita.
Jadi,tenanglah, kerana Allah bersama kita.
Sekiranya keyakinan ini terpahat kukuh dalam hati kita maka sebenarnya tidak ada lagi tempat di hati kita untuk bersandar selain daripada Allah.
Lalu melangkahlah sepenuh hati untuk menjemput rezeki Allah yang berkat, tanpa melupakan kewajipan kepada Allah.
ISI KANDUNGAN
Mukadimah
BAHAGIAN 1 : Kisah Inspirasi Rezeki Tidak Terduga
BAHAGIAN 2 : Tenanglah, Rezeki Kita Sudah Dijamin
BAHAGIAN 3 : Kunci-Kunci Pembuka Pintu Rezeki
BAHAGIAN 4 : Kaya Hingga Akhirat
Rujukan
Profil Penulis