Penerbit: Rabbani Books
Penulis: Imam Al-Ghazali
Muka Surat: 120
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.155kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 0.5cm
Buku ini adalah salah sebuah kitab daripada siri Ihya' Ulum al-Din karangan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rahimahumullah. Siri Ihya' itu sendiri adalah sebuah projek pemerkasaan umat yang diusahakan oleh Imam al-Ghazali untuk mengislah pemikiran, akhlak dan rohani masyarakat Islam agar mereka dapat bangkit menghadapi cabaran zaman.
Adab-Adab Tilawah al-Quran ini ialah salah satu silibus penting daripada Bahagian Ibadat, setelah huraian beliau mengenai akidah dan ibadah-ibadah yang wajib. Ibadah-ibadah wajib ialah modal asas kita sebagai umat Islam, manakala ibadah-ibadah sunat seperti membaca dan mentadabbur al-Quran ini ialah lebihan keuntungan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Dalam buku ini, Imam al-Ghazali telah menggariskan 10 adab-adab zahir dan 10 adab-adab batin yang boleh dilakukan agar kita dapat menunaikan ibadah yang hebat ini dengan lebih sempurna. Semoga buku ini dapat membantu semua pencinta al-Quran agar dapat menjaga adab ketika membaca al-Quran dan membantu dalam proses mentadabburnya.