Penerbit: Alim Rabbani
Penulis: Dato. Dr. Abdul Basit Abd Rahman
Muka Surat:
Halaman:
Format:
Berat (kg):
Dimensi (cm):
Kisah-kisah ghaib dan ajaib sering kali menarik minat manusia sama ada disampaikan melalui lisan atau tulisan. Menjadi fitrah kemanusiaan menyukai cerita yang mempunyai ciri-ciri luar dari kebiasaan seperti kisah-kisah alam ghaib lagi ajaib.
Namun tiada jaminan sesuatu kisah bersifat ghaibiyyat adalah sahih melainkan ia bersumberkan daripada Penguasa dan Pencipta alam ghaib itu sendiri iaitu Allah SWT. Sumber anak kunci perbendaharaan alam ghaib (mafatih al-ghayb) yang tunggal adalah al-Quran atau al-Hadith yang sahih sahaja.
Sering kali juga kisah-kisah ghaib dan ajaib dijadikan modal ceramah oleh para penceramah agama dan motivasi kerana sifatnya yang mampu menarik perhatian dan mempengaruhi pendengar, namun sering kali juga kisah-kisah yang disampaikan tanpa sedar adalah riwayat palsu berbentuk Israiliyyat, Hadith Palsu (Mawdu) atau Fitnah Sejarah (peristiwa dan tokoh).
Sudah sampai masanya masyarakat kita didedahkan kepada kisah-kisah ghaib dan ajaib yang sahih bersumberkan al-Quran dan al-Hadith sekali gus mampu mendeburkan keimanan kepada alam ghaib daripada terus dikhayalkan dengan kisah-kisah ghaib yang pelik, ajaib dan tidak dapat dipertanggungjawabkan sumber asalnya.
Buku ini mengandungi 51 kisah yang berasal daripada riwayat hadith Rasulullah SAW yang sahih. Kisah-kisah daripada hadith sahih ini bertemakan peristiwa-peristiwa ghaib dan ajaib yang telah berlaku dan akan berlaku di dunia ini dan di alam ghaib.
Buku ini adalah sebuah karya ringkasan berdasarkan karya asalnya yang bertajuk Qisas al-Ghayb fi Sahih al-Hadith al-Nabawi karya Prof. Dr. Umar Sulayman al-Ashqar (m. 2012). Karya ini telah diulas dan diolah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman melalui rakaman Youtube beliau.
Buku ini sesuai dijadikan silibus pengajian kuliah di surau, masjid, pejabat, dalam talian dan seumpamanya. Semoga para penceramah, pentazkirah dan juga masyarakat dibiasakan dengan kisah-kisah ghaib lagi ajaib daripada sumber yang sahih berbanding terus dibiasakan dengan kisah-kisah yang sebaliknya.