Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


25 Formula Hidup Luar Biasa - Edisi Terkini (C161)

RM45.90
Price in points: 46 points
Weight: 0.63 kg
9789670703145
Out-of-stock

Format: Paperback
ISBN: 978-967-0703-14-5
Pengarang: Asraff Ayob, Azizan Osman 
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 438

=================================

SINOPSIS BUKU

 

"Ustaz, saya masih gagal membeli kebahagiaan", kata Tuan Haji, dengan mata yang tampak berkaca-kaca. Beliau menyambung, "Saya punya lima orang, tetapi kami sudah enam tahun tidak cukup 'korum' beraya..."

Saya maklum anak kedua keluarga ini, Ikram sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga. Masalah keluarga, kata isteri Tuan Haji. Ikram merajuk apabila teruk dimarahi ayahnya kerana gagal menghabiskan pelajaran di London.

What do you think Ustaz? What does our religion say about this matter?

"Apa kata Tuan Haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ni ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah. Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindar masalah dan penenang hati..."

Tuan Haji mengangguk bersetuju. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar kediaman. Hampir semua anak yang menduduki peperiksaan penting dihantar tuisyen. Beliau yang biayai semua yurannya.

Akhirnya, jawapan dari Tuhan tiba. Pagi hari raya ketiga tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri Tuan Haji menelefon saya, "Ustaz wajib datang beraya rumah saya hari ini! Ikram dah balik semalam. Saya ingin sekali Ustaz berkenalan dengannya..."

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah tujuh tahun menghilang. Petangnya ketika bersembang dengan Tuan Haji, saya dapat rasakan 'puzzle' kebahagiaan yang telah lama menghilang kembali menjelma.

Kata Tuan Haji "Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun Ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi itu..."

Begitulah pembaca budiman, kisah luarbiasa bagaimana salah-satu formula buku ini menunjukkan keajaibannya. Anda akan terinspirasi dengan berbagai kisah dari 21 formula hidup luar biasa yang akan membantu menjawab segala persoalan hidup yang selama ini menghantui anda:

● Mengapa saya mencuba berkali-kali tetapi masih tidak berjaya?
● Setelah mengecapi kejayaan, mengapa saya seolahnya tersekat ketika hendak mencapai kejayaan lebih besar?
● Mengapa hati sering runsing, kurang bahagia walaupun segalanya sudah dicapai? Seolahnya ada 'something missing somewhere?'

Kesemua formula ini merupakan 'rahsia dalam rahsia' yang dikumpulkan hasil pengamatan dari prinsip dan cara hidup manusia luarbiasa. Mereka yang cemerlang, kaya, bahagia, diberkati dan diredhai ilahi. Yakinlah, ia berkesan untuk mengubah anda menjadi manusia berbeza dari sebelum ini. 

 

Menjadi manusia luar biasa.

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI