<div id="section-1" class="ui-tabs-panel" style="display: block;"> <p>Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit,� (Hadis riwayat Tirmizi)</p> <p>Di dalam Quran, Allah menjelaskan dalam surah al-Muzammil ayat 1 hingga 3 yang bermaksud, �Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersolat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit.� Allah menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud, �Dan, pada sebahagian malam hari, bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.� Dalam ayat yang pertama, Allah menyuruh orang yang berselimut, iaitu orang yang tidur, supaya bangun pada malam hari bagi mengerjakan solat tahajud. Manakala dalam ayat yang kedua, Allah menegaskan solat tahajud adalah satu ibadah tambahan, dengan janji akan mengangkat darjat pengamal solat tahajud ke darjat yang terpuji. Solat tahajud memiliki manfaat praktis, baik daripada segi keagamaan mahupun daripada segi kesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi yang bermaksud, �Solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.</p> </div>
Cuti sekolah yang panjang baru sahaja bermula. Aisyah Sofia merancang mengadakan suatu aktiviti. Dia mengajak kawan-kawannya turut serta. Ke mana mereka hendak pergi? Apa yang terjadi kepada Abu? Adakah dia ikut serta atau dia ditinggalkan?
Buku ini menceritakan kisah dan ibrah mengenai seorang tokoh wanita yang agung iaitu Saidatina Aisyah RA. Ummul Mukminin yang menjadi rujukan umat Islam sepanjang hidupnya bersama Rasullullah SAW sehinggalah selepas kewafatan Baginda.