Ensiklomini Akidah adalah buku menarik yang sesuai untuk pembacaan kawan-kawan. Dilengkapi dengan ilustrasi gambar yang cantik dan menarik, kawan-kawan dapat mempelajari asas akidah Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan. Belajar dengan cara yang menyeronokkan, tentu kawan-kawan lebih mudah faham, bukan?
Penulis : Abdul Latip bin Talib Jumlah Muka surat : 240
Asma al-Husna adalah nama-nama Allah yang Maha Indah yang hanya layak dimiliki oleh-Nya.Sebagai tanda keagungannya, Nabi Muhammad menggalakkan umatnya agar menghafal nama-nama Allah yang teragung dan terindah ini.Umat Islam seharusnya menjadikan Asma al-Husna sebagai zikir harian. Ini kerana selain memperolehi pahala, orang berzikir juga akan mendapat ketenangan jiwa.
Pasukan bola sepak Sekolah Seri Budiman sibuk dengan persiapan ke Kelantan. Namun, kapten baru dilantik menggantikan kapten lama. Mengapa kapten berubah?Adakah in suatu strategi Cikgu Ismailzen atau ada sesuatu terjadi kepada kapten lama. Siapa pula kapten baru itu?
Sambungan kisah Tempat Ke-2? ini masih menceritakan konflik Alisa dan Alina. Dalam buku kali ini mereka berdua masih bergaduh bagi mendapatkan tempat pertama. Alina sudah berjaya menyaingi kakaknya, Alisa dalam beberapa ‘pertandingan’. ‘Pertandingan’ yang mereka anjurkan itu membuat ibu bapa mereka semakin pening kepala dengan kerenah mereka berdua. Bagi mengetahui ‘pertandingan’ pelik yang mereka anjurkan itu dapatkan buku ini di pasaran sekarang.
Yasin, Tahlil dan Doa terbitan PTS Islamika ditulis lengkap dengan terjemahan supaya pengamal dapat menghayati makna bacaan ayat al-Quran dan doa sekali gus memahami mesej yang terkandung di dalam amalan ini. Turut dimuatkan panduan-panduan membacanya dan doa yang termasyhur di kalangan umat Islam di Malaysia.
Selepas pohon-pohon getah tua di tanah FELDA dimusnahkan, penduduk-penduduk FELDA mengambil keputusan mahu menanam pokok kelapa sawit pula. Pokok kelapa sawit mengambil masa selama tiga tahun untuk matang. Oleh sebab itu, penduduk FELDA terpaksa menanam tanaman kontan seperti ubi keledek dan sebagainya.
Pada suatu hari, Ravi Kumar iaitu sahabat Sahar memuji kelazatan kerepek keledek yang digoreng oleh ibu Sahar. Oleh itu Ravi Kumar mencadangkan kepada Sahar untuk menerima tawaran daripada Cikgu Idris iaitu guru koperasi sekolah untuk menjual kerepek hasil buatan ibunya yang lazat itu.
Lama kelamaan perniagaan kerepek keledek Sahar semakin berkembang apabila Sahar semakin giat menyertai kursus-kursus keusahawanan. Tanpa memandang ke belakang, Sahar bercadang membesarkan perniagaan kerepeknya dengan membuat kilang yang diusahakan oleh abangnya, Abang Halim. Akhirnya, kejayaan perniagaan kerepek itu telah mengubah nasib keluarga Pak Hassan. Saharlah yang paling banyak berusaha bagi kejayaan itu dan sekaligus menukar persepsi rakan-rakan sekelasnya yang memandang anak FELDA sebagai golongan miskin.
Penulis : Ainon MohdJumlah Muka surat : 228