Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Save 60%

(OP) Aku Mahu Lawan Hantu (R4)

Harga Asal: RM16.00
RM6.40
ANDA JIMAT: RM9.60 (60%)
Price in points: 7 points
Weight: 0.22 kg
978-967-10404-5-4
Out-of-stock
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5
ISBN-13: 978-967-10404-5-4 
Tarikh Terbit: 19 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 240
Berat (kg): 0.22
Penulis: Ain Maisarah
 
 

Kelepasan daripada belajar di sekolah selama seminggu memang suatu berita yang menyeronokkan!

Namun, The Wannababes menerima berita ini dengan rasa was-was dan sangsi. Selama seminggu itu mereka terpaksa menghadiri kem pasukan sorak di Universiti Selatan Malaysia. Sebuah universiti yang letaknya di ceruk hutan. Mereka akur dengan mengikuti kem itu kerana tidak mahu dilucutkan jawatan.

Pelbagai perkara aneh berlaku sejak awal perjalanan dimulakan. Kisah gelanggang misteri. Segalanya terlerai seketika kerana The Wannababes gembira diberikan sebuah rumah tamu yang besar seperti banglo sebagai tempat tinggal selama seminggu itu.

Kegembiraan itu tiba-tiba dirampas apabila datangnya sebuah tim debat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Siput Sedut yang akan berkongsi rumah dengan mereka. Pelbagai aksi buli-membuli dilakukan The Wannababes kerana mahu menyerlahkan kekuasaan mereka. Tim debat cuba bersabar.

Suatu hari The Wannababes beria-ia mahu berbaik dengan tim debat kerana tidak tahan diganggu semula perkara-perkara aneh dan menyeramkan. Kesempatan diambil daripada tim debat kerana mereka arif tentang menghalau makhluk halus. The Wannababes diminta mengamalkan perkara-perkara yang tertulis dalam senarai yang disediakan oleh tim debat untuk mengelakkan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu.

Kumpulan The Wannababes kembali lagi,

Jadi watak utama cerita kali ini,

Bertujuh mereka dipilih menyertai,

Kem pasukan sorak yang dibuat di luar negeri.

Universiti Selatan Malaysia jadi lokasi,

Banglo rumah tamu menjadi kediaman rasmi,

Seminggu di situ bukan bersendiri,

The Wannababes sebumbung dengan pelajar tidak dikenali!

Kumpulan debat hebat bertudung labuh,

Dari Sekolah Agama Sungai Siput,

Jauh berbeza perangai The Wannababes yang hodoh,

Pertembungan dua budaya buatkan rumah meletup!

The Wannababes berlagak tidak terkira,

Tanpa tahu pelbagai kejadian bakal menimpa,

Rumah tamu jadi saksi kisah pelik yang melanda,

Ada hantu? Biar betul? The Wannababes menggeletar tidak terkira!

Makin lama makin kronik dan ngeri,

Gangguan datang silih berganti,

Mampukah The Wannababes lawan hantu sendiri?

Atau bekerjasama dengan kumpulan yang dimusuhi?

Bacalah novel seram lucu ini,

Dijamin puas hati, digamit ngeri dan ketawa tidak kering gusi!

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI