Inilah tiga kisah indah berkenaan seindah-indah hiasan dunia, perempuan yang solehah. Kisah yang menerbitkan air mata, yang melahirkan syukur dan menyuntik tenang.
Merekalah srikandi pada zaman mereka. Kisah mereka melahirkan inspirasi, kisah mereka memberi makna pengorbanan, dan daripada kisah mereka, mengajar kita erti cinta.
Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.
Buku ini menceritakan kisah dan ibrah mengenai seorang tokoh wanita yang agung iaitu Saidatina Aisyah RA. Ummul Mukminin yang menjadi rujukan umat Islam sepanjang hidupnya bersama Rasullullah SAW sehinggalah selepas kewafatan Baginda.
Dunia anak perempuan adalah lebih kecil dari dunia kita sebagai bapa, bukan hanya secara fizikal, tetapi juga secara emosi. Ia lebih rapuh dan lembut kerana wataknya diuli seperti doh roti di atas papan pemotong.
Kita tahu bahawa kita perlu menjadi seorang yang lebih menyayangi. Ataupun menjadi lebih bersabar. Ataupun menjadi lebih berani, rajin, ataupun setia. Tetapi bolehkah kita? Ia adalah sebahagian dari satu sudut perspektf. Untuk lebih mencintai anak perempuan, mungkin kelihatan rumit pada kita, tetapi ia sangat mudah untuknya.
Menjadi seorang hero bagi anak perempuan mungkin menakutkan kita, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi mudah. Melindungi dan mengajarnya tentang Tuhan, seks, dan kerendahan hati tidak memerlukan ijazah dalam bidang psikologi. Ia hanya perlu menjadi seorang ayah.