Buku ini ditulis bagi mendedahkan perihal cinta yang sebenar. Bagi kaum Hawa, kandungan buku ini mampu mengelakkan mereka daripada rayuan maut kaum Adam. Demi mengetahui kadar cinta lelaki, wanita tidak boleh bertanya kepada lelaki yang selam ini mengaku mencintainya apakah dia benar-benar cinta ataupun sekadar mencari kepuasan?
Keteladanan Rasulullah dapat dijadikan sebagai inti dan sumber pembelajaran pendidikan karakter. Ini kerana, sumber pendidikan karakter ialah berperilaku, bersikap, dan bertutur kata yang baik. Tidak hanya itu, pendidikan karakter juga membimbing murid supaya mudah bergaul tetapi tidak melanggar norma-norma yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, juga teguh pendirian dalam berprinsip.
Bagi mencontohi karakter Nabi Muhammad, yang mula-mula harus dilakukan ialah mengenal pasti bagaimana karakter beliau. Dengan mengenal lebih mendalam mengenai Rasulullah, maka kita akan mudah meniru dan mengaplikasikannya ke dalam diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Sekurang-kurangnya, kita juga boleh menjadi teladan kepada anak didik kita, sama ada dari segi pertuturan mahupun sikap.