Menyingkap Sejarah Perjuangan dan Kegemilangan Tokoh Abad ke-20 & 21
“Kelebihan ahli ilmu berbanding ahli ibadah umpama kelebihan bulan purnama berbanding sekecil-kecil bintang di langit. Para ulama itu adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan wang dinar dan dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi, umpama bintang yang hilang sirna di antara bintang-bintang. Matinya satu kabilah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.“ -Direkodkan oleh Imam Baihaqi-
Buku 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam mengupas dengan ringkas dan padat pelbagai permasalahan dan persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada pasangan dalam melayari alam perkahwinan.
Buku ini didedikasikan khas buat suami serta isteri yang bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan. Sesungguhnya setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang kekal bahagia selamanya, namun gelora dan badai yang datang tanpa diduga tidak mampu diharungi tanpa kekuatan mental dan fizikal daripada suami dan isteri. Wahai suami… kamu adalah pelindung utama buat isteri. Wahai isteri… kamu adalah inspirasi kejayaan dan kebahagiaan buat suami. Suami dan isteri adalah gabungan dua insan yang bersatu dengan akad yang suci.
Kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini dapat membuka mata suami dan isteri supaya menghargai pasangan masing-masing yang sanggup susah dan senang bersama buat sekian lamanya.