Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


BUKU / BOOKS

RM28.00

akah yang menyebabkan orang mahu mengikut pemimpin? Apakah yang menyebabkan pengikut pemimpin sanggup bermati-matian untuknya, manakala pengikut pemimpin yang lain merungut-rungut mengikuti arahan pemimpin itu? Jawapan sebenarnya terletak pada sifat-sifat yang ada pada diri pemimpin itu. Buku ini ditulis bagi membantu menyedarkan anda berkenaan nilai-nilai yang perlu ada pada pemimpin, serta membantu anda menanam serta membentuk nilai-nilai itu dalam keperibadian anda. Supaya anda menjadi pemimpin yang lebih efektif dan disanjungi serta disayangi pengikut-pengikut anda. 

Adakah anda mempunyai ciri-ciri pemimpin yang disayangi dan disanjungi pengikutnya? Apabila difikirkan kembali, adakah anda yakin anda mampu mencapai segala cita-cita dan impian anda? Inilah persoalan utama yang perlu dijawab sebelum anda dapat mencapai potensi diri anda yang sebenar.

Apabila membaca buku ini, anda akan mendapati bahasanya cukup mudah dan idea serta prinsip yang cuba disampaikan logik dan mudah difahami. Mungkin juga anda dapat habiskan membaca buku ini dalam sekali duduk sahaja. Jangan lakukan begitu! Buku 21 Kunci Pemimpin Efektif  ini ditulis supaya anda dapat menghayati isi kandungannya dengan pendekatan yang sama seperti diambil oleh Bill Freeman: Secara strategik dan sistematik.

enulis mengesyorkan anda jadikan buku ini sebahagian daripada hidup anda buat seketika. Baca satu bab dan luangkan sedikit masa bagi memikirkannya. Gunakannya bagi mencerminkan diri dan orang sekeliling anda. Jika sifat yang anda sedang kaji itu memang kekurangan pada diri anda, luangkan sedikit masa bagi memperbaikinya sebelum anda beralih ke bab yang baru. Anda mungkin juga dapat mengulangi proses ini beberapa kali dalam setahun supaya sifat-sifat ini lebih sebati dengan peribadi anda.

1 pieces
+
Add to wish list

RM33.00
============================ Format: Paperback ISBN-13: 978-983-3372-45-4 ISBN-10: 983-3372-45-7 Tarikh Terbit: 16 Nov 2007 Jumlah Muka...
5 pieces
+
Add to wish list

RM16.00
Format: Paperback ISBN-13: 978-9677-5137-13-6 Tarikh Terbit: 4 Aug 2008 Jumlah Muka Surat : 128 Berat (KG): 0.18...
15 pieces
+
Add to wish list

RM34.00

Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa. Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak. 

1 pieces
+
Add to wish list

RM19.00
Format: Paperback ISBN-13: 978-967-5137-25-9 Tarikh Terbit: 15 Sep 2008 Berat (KG): 0.25 ================================= Buku ini...
1 pieces
+
Add to wish list

RM19.50

501 Persoalan Fikah Wanita yang sering kali ditanya oleh wanita. Buku ini mengandungi soal jawab sebanyak 501. Jawapan yang diberikan ringkas, tepat dan mudah difahami.

1 pieces
+
Add to wish list

RM19.50

Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik

12 pieces
+
Add to wish list

RM18.00

Bagaimana pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Islam menimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin? Siapakah yang bertanggungjawab memilih pemimpin? Siapa pulamenimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin? Siapakah yang bertanggungjawab memilih pemimpin? Siapa pula yang digelar ‘Khalifah Rasyidin’? Adakah pemilihan pemimpin mengikut citarasa masyarakat ataupun dinilai berdasarkan sistem Islam
yang unggul?

Kepemimpinan dilihat sebagai perkara yang penting dalam Islam. Ia adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat slam. Ini kerana, pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab membawa hala tuju Islam dan kemajuan serta perkembangannya. Jatuh bangun Islam terletak pada pemimpin. Sorotan sejarah Islam memperlihatkan ketokohan kepemimpinan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai pengganti beliau dalam mengembangkan ajaran Islam hingga
ke hari ini.

Melalui buku ini, kita dapat mengenal pasti sorotan dan kronologi peristiwa-peristiwa penting yang terjadi selepas Rasulullah meninggal dunia. Selain itu, buku ini juga dapat membuka mata masyarakat bagi memahami kedudukan kepemimpinan dalam Islam dan sejarah tercetusnya isu kepemimpinan dalam Islam.

10 pieces
+
Add to wish list

RM6.90

Kelab bola baling Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pangsun akan dibubarkan kerana ketiadaan jurulatih dan prestasi yang semakin merosot.

Liesa, pengurus kelab berusaha memastikan kelab itu tetap wujud dan meningkat maju sehingga menjuarai kejohanan bola baling peringkat negeri seperti yang pernah mereka perolehi beberapa tahun lepas.

Harapan Liesa kembali bersinar apabila secara tidak sengaja terjumpa seorang pelajar yang mempunyai bakat dan skil yang terpendam iaitu Kayroll. Mampukah Kayroll menyelamatkan Kelab Bola Baling Sekolah Menengah Sri Pangsun daripada dibubarkan?

14 pieces
+
Add to wish list

RM16.00

The Wannababes mahu ke New York? Tetapi jumlah peserta sudah penuh! Hmm… terpaksalah The Wannababes melakukan apa sahaja demi mencapai misi yang satu itu! New York, tunggu kedatangan The Great Wannababes!

63 pieces
+
Add to wish list

RM9.00

Kita selalu mendengar orang menyampaikan hadis Nabi Muhammad. Kita biasa mendengar Rasulullah berkata begini, begitu dan sebagainya. Hampir setiap amalan disandarkan kepada Nabi Muhammad. Namun, adakah benarkah Nabi Muhammad berkata demikian? Buku Apa itu Ilmu Hadis? menerangkan cabang ilmu hadis yang perlu dipelajari bagi memahami konsep hadis sahih, hadis hasan, hadis daif dan sebagainya. Turut dimuatkan carta, susur galur pelapor hadis yang bersambung daripada Nabi Muhammad hingga kepada perekod sekarang.

8 pieces
+
Add to wish list

RM20.00

Menyingkap Sejarah Perjuangan dan Kegemilangan Tokoh Abad ke-20 & 21

“Kelebihan ahli ilmu berbanding ahli ibadah umpama kelebihan bulan purnama berbanding sekecil-kecil bintang di langit. Para ulama itu adalah pewaris nabi. Para nabi tidak mewariskan wang dinar dan dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu, maka dia mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi, umpama bintang yang hilang sirna di antara bintang-bintang. Matinya satu kabilah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.“  -Direkodkan oleh Imam Baihaqi-

32 pieces
+
Add to wish list

RM10.00

Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi al-Quran daripada (Allah) yang maha bijaksana lagi maha mengetahui.” (Surah an-Naml: ayat 6)

 

Pepatah mengatakan, “Tidak kenal, maka tidak cinta.” Begitu juga kitab al-Quran, sesiapa yang tidak mengenalinya, tidak akan mencintainya. Persoalannya, apa itu al-Quran? Buku ini menerangkan kitab yang menjadi rujukan utama umat Islam kerana isi kandungan yang luas dan lengkap serta amalan yang praktikal.

 

 

1 pieces
+
Add to wish list

RM14.00

Doa adalah inti kehidupan, pengaduan hamba kepada Tuhan, daripada mahkluk kepada Pencipta. Ibu ibadah adalah doa. Ibu segala kehidupan, semua gerak geri adalah doa. Doa yang sesuai dengan syariat adalah doa  yang sesuai dengan ajaran Allah, yang ditunjukkan di dalam al-Quran dan sunnah lalu dipraktikkan oleh para sahabat dan para wali. Elakkan daripada tersalah memilih doa, kerana kesalahan itu akan ternampak dalam kehidupan.

Buku ini memuatkan doa para sahabat Rasulullah, para wali dan orang soleh yang terbukti mustajab. Setiap doa dilengkapi dengan gaya bahasa bertutur dan mengalir.

4 pieces
+
Add to wish list

RM13.50

 Buku ini didedikasikan khas buat suami serta isteri yang bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan. Sesungguhnya setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang kekal bahagia selamanya, namun gelora dan badai yang datang tanpa diduga tidak mampu diharungi tanpa kekuatan mental dan fizikal daripada suami dan isteri. Wahai suami… kamu adalah pelindung utama buat isteri. Wahai isteri… kamu adalah inspirasi kejayaan dan kebahagiaan buat suami. Suami dan isteri adalah gabungan dua insan yang bersatu dengan akad yang suci.

Kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini dapat membuka mata suami dan isteri supaya menghargai pasangan masing-masing yang sanggup susah dan senang bersama buat sekian lamanya.

8 pieces
+
Add to wish list

RM17.50

Buku 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam mengupas dengan ringkas dan padat pelbagai permasalahan dan persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada pasangan dalam melayari alam perkahwinan.

26 pieces
+
Add to wish list

RM10.90

“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.”  - Hadis Riwayat Tirmizi.

16 pieces
+
Add to wish list

RM13.00

“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Surah al-Baqarah : ayat 153).

“Berdiri dan solatlah kerana di dalam solat ada ubat.” (Hadis Imam Ahmad)

Fakta ilmiah ini menjadi titik persoalan kajian kepada buku ini. Adakah benar solat terbukti sebagai terapi menurut kajian zaman ini? Adakah benar solat boleh menjadi ubat kepada penyakit? Bagaimana terapi solat dilihat daripada kaca mata ahli perubatan?


Kesihatan yang baik sama ada jasmani ataupun rohani adalah impian setiap individu. Ramai yang rela mengorbankan harta dan wang ringgit semata-mata bagi mendapatkan kesihatan yang baik. Kesihatan dapat diperoleh daripada aktiviti bersenam, mengamalkan gizi seimbang dan mengikuti nasihat doktor. Namun, sedarkah kita, solat juga dapat menjadi ubat bagi penyakit fizikal dan mental.

Buku ini memaparkan pelbagai manfaat solat terutamanya daripada aspek kesihatan jasmani mahupun rohani. Kelebihan solat sebagai penawar bermula dari wuduk hingga salam. Di dalamnya terkandung 1001 rahsia terapi pelbagai penyakit jasmani mahupun rohani. 

 

5 pieces
+
Add to wish list

RM11.90

Diari Hidup Rasulullah S.A.W menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan baginda. Rasulullah S.A.W memulakan setiap hari dengan solat tahajud, khusyuk mentadabbur Quran, menyertai solat Subuh secara berjemaah di masjid, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang waktu, menghiasi hari dengan solat duha dan mencintai zikrullah. Alangkah indahnya! Buku ini mampu membimbing kita mempraktikkan dan menghayati tujuh sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita, seterusnya membongkar keajaiban demi keajaiban yang bakal muncul sebagai natijah pengamalannya.

3 pieces
+
Add to wish list

RM10.90

Allah menepati janjinya apabila kita tidak mengingkarinya. Oleh itu, laksanakan pesanan nabi yang menganjurkan kita membaca surah al-Waqiah pada waktu malam. Sesungguhnya, surah itu mengandungi kelebihan yang dahsyat bagi memudahkan kita mencari rezeki.

 
39 pieces
+
Add to wish list