Buku ini memberi suntikan motivasi kepada pembaca untuk meraih ganjaran pahala untuk kebahagiaan akhirat dan dunia dengan menghimpunkan amalan-amalan utama yang membawa seseorang memasuki syurga.Amalan-amalan ini biasanya tidak diambil peduli oleh kebanyakan umat Islam. Dengan mengamalkan amalan yang terdapat dalam buku ini, insya-Allah kita akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah dan kita mampu menjadi insan beriman dan benar-benar bertaqwa kepada Allah yang selayaknya mendapat ganjaran syurga darinya pada hari akhirat yang sudah pasti.
Buku ini didedikasikan khas buat suami serta isteri yang bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan. Sesungguhnya setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang kekal bahagia selamanya, namun gelora dan badai yang datang tanpa diduga tidak mampu diharungi tanpa kekuatan mental dan fizikal daripada suami dan isteri. Wahai suami… kamu adalah pelindung utama buat isteri. Wahai isteri… kamu adalah inspirasi kejayaan dan kebahagiaan buat suami. Suami dan isteri adalah gabungan dua insan yang bersatu dengan akad yang suci.
Kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini dapat membuka mata suami dan isteri supaya menghargai pasangan masing-masing yang sanggup susah dan senang bersama buat sekian lamanya.
Memiliki rumah tangga yang aman dan bahagai menjadi idaman dan impian setiap pasangan. Kebahagiaan yang dikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri seterusnya kepada anak-anak.
Ensiklomini Akidah adalah buku menarik yang sesuai untuk pembacaan kawan-kawan. Dilengkapi dengan ilustrasi gambar yang cantik dan menarik, kawan-kawan dapat mempelajari asas akidah Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan. Belajar dengan cara yang menyeronokkan, tentu kawan-kawan lebih mudah faham, bukan?