Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


WAKAF TAFSIR AL-AZHAR (SET LENGKAP 30 JUZUK)

CARA MUDAH UNTUK WAKAF

Boleh transfer jumlah wang yang mahu diwakaf ke akaun berikut:


PTS Bookcafe Sdn Bhd
MAYBANK: 564799111319
CIMB: 8600531526

Whatsapp bukti bayaran ke 016-6611964.

KLIK DI SINI

Harga Asal: RM750.00
RM600.00
ANDA JIMAT: RM150.00 (20%)
Price in points: 600 points
Weight: 13.71 kg
wakaf-tafsir-al-azhar
Out-of-stock

Set lengkap 30 juzuk: RM750

 

Senarai penerima wakaf untuk Tafsir Al-Azhar (Set Lengkap 30 Juzuk)

 

1. Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR): 6 set

Sekolah Islam Nur al-Azhar, Lot 863, Jalan Haji Razak, Kg. Baru Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ustaz Rohidzir Rais: 019-3459257

 

2. Ma'hadul-Azhar: 1 set

Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ustaz Yusoff Uthman: 013-4423040

 

Organisasi yang memerlukan sumbangan wakaf ini, boleh emaikan kepada orders@bookcafe.com.my untuk dimasukkan sebagai penerima yang berdaftar.

 

* Sofcover & tiada kotak khas

* Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci

* Purata ketebalan setiap juzuk: 0.5 - 1 inci

* Purata muka surat bagi setiap juzuk: 300 - 400 halaman

* Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 20 - 21 inci

* Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan. 

* Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara.

 

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.

Kenapa?

1. Tafsir Al-Azhar dikarang oleh buya Hamka, seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.

2. Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa melayu.

Anak Tiung atas Rambutan, Bernyanyi Bertongkat Paruh
Tertegun Kapal di Lautan, Datang Angin Berlayar Jauh

3. Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

4. Tafsiran yang diperakui para ulamak dan rujukan ramai ilmuwan.

Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:

1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.

2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.

Kini, Set Tafsir Al-Azhar itu sudah lengkap 30 Juzuk dan sedang dalam proses cetakan.

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI