Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


(OP) Unfair Advantage - Edisi Bahasa Melayu (OP 12)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.48 kg
978-967-369-236-1
2 pieces
+
Add to wish list

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-369-236-1
Tarikh Terbit: 16 Jul 2014
Jumlah Muka Surat : 368
Penulis: Robert T. Kiyosaki


Robert Kiyosaki terkenal sebagai penulis buku kewangan nombor satu sepanjang zaman, Rich Dad Poor Dad.

Menerusi buku tulisannya yang terbaru ini, beliau mencabar dan mengubah pandangan puluhan juta orang di seluruh dunia berkaitan wang. “Unfair Advantage” akan menyingkap rahsia kuasa ilmu kewangan sebenar dan lima kelebihan licik yang ditawarkan oleh ilmu ini.

Menerusi buku Unfair Advantage ini, Kiyosaki mencabar kita semua supaya berhenti menerima kenyataan bahawa kita ditakdirkan untuk berhempas pulas demi mendapatkan wang dan jaminan hidup.

Ilmu kewangan sebenar adalah jalan untuk membina kehidupan yang didamkan. Robert mendorong supaya kita semua dapat mengubah satu perkara yang berada dalam kawalan kita iaitu, diri sendiri.

Pemburu menjerat monyet dengan mengumpannya ke lubang yang diletakkan kacang dan buah-buahan. Genggaman tangan monyet yang dipenuhi dengan buah dan kacang, tidak dapat ditarik keluar dari lubang itu, dan memerangkapnya.

Tetapi monyet tetap enggan melepaskan umpan yang digenggamnya. Tidak lama kemudian, pemburu tiba dan menangkap monyet tersebut.

Manusia dapat diibaratkan seperti monyet tadi. Mungkin manusia tidak berpaut pada buah-buahan atau kacang, tetapi manusia berpaut pada jaminan pekerjaan, pemilikan, dan wang.

Disebabkan tiada pendidikan kewangan, kebanyakan orang menghabiskan sepanjang hidup mereka sebagai hamba gaji kepada majikan dan hamba cukai kepada kerajaan.

Unfair Advantage mencabar pembaca supaya menghargai dan merasai sendiri kelebihan licik sebenar, iaitu ilmu kewangan. Tanpa pendidikan kewangan, kebanyakan orang tidak dapat meneruskan kehidupan.

Ilmu kewangan sebenar adalah jalan untuk membina kehidupan yang didamkan. Robert mendorong supaya kita semua dapat mengubah satu perkara yang berada dalam kawalan kita iaitu, diri sendiri.

Buku ini adalah berkenaan kuasa ilmu kewangan sebenar dan lima kelebihan licik yang ditawarkan oleh ilmu ini:

• Kelebihan Licik Pertama: Ilmu Pengetahuan
• Kelebihan Licik Kedua: Cukai
• Kelebihan Licik Ketiga: Hutang
• Kelebihan Licik Keempat: Risiko
• Kelebihan Licik Kelima: Pampasan

Dalam gaya Rich Dad, Unfair Advantage mencabar pembaca supaya menghargai dan merasai sendiri kelebihan licik sebenar, iaitu Ilmu kewangan.



ISI KANDUNGAN

1. Mesej Oleh Robert Kiyosaki
2. Pengenalan
3. Kelebihan Licik Pertama: Ilmu Pengetahuan
4. Kelebihan Licik Kedua: Cukai
5. Kelebihan Licik Ketiga: Hutang
6. Kelebihan Licik Keempat: Risiko
7. Kelebihan Licik Kelima: Ganjaran
8. Kesimpulan: Rahsia Kapitalisme
9. Penutup
10. Bahagian Khas: Masa Sudah Berubah
11. Bahagian Khas: Lima Tahap Pelabur
12. Soalan Bonus
13. Pesanan Terakhir Berkenaan Pendidikan
14. Biodata Penulis

BAGAIMANA MEMBINA KEKAYAAN SEWAKTU KRISIS KEWANGAN

Soalan:
Berjuta-juta pelabur hilang segala-galanya pada zaman krisis kewangan tahun 2007. Bagaimana pula si Robert ini memperoleh banyak wang dan tidak mengalami kerugian?

Jawapan:
Kami tidak mengikuti nasihat kewangan konvensional.

Orang yang mengalami kerugian semasa krisis kewangan adalah orang yang melabur demi mendapatkan keuntungan atas modal sahaja.

Contohnya, Pak Abu beli rumah dengan harga RM100,000, dengan harapan dapat menjualnya pada harga lebih mahal lagi setahun. Atau contoh lain, Siti beli saham syarikat A dengan harapan esok harganya naik 10 sen.

Bagaimana jika harga hartanah jatuh merudum tahun depan atau kadar interest naik lebih tinggi. Siapa yang terpaksa bayar nilai tersebut?

Bagaimana jika saham syarikat A tersebut jatuh kerana didapati terdapat penyelewengan dalam syarikat. Siapa yang rugi?

Kebanyakan orang, terutamanya kaum lelaki, masuk ke dalam pasaran. Mereka membuat pelaburan besar dan ingin mengaut keuntungan besar. Selalunya golongan ini mengalami kerugian.

Kita selalu jumpa pelabur amatur mengeluarkan kata-kata ini:

"Nilai rumah saya meningkat. Baru setahun saja saya beli."

"Harga saham saya naik, jadi saya jual saham itu."

"Saya melabur dalam emas kerana harga emas akan terus naik."

"Saya beli kereta antik kerana nilainya pasti meningkat nanti."

-----------------------------------------
Apa yang sepatutnya dilakukan?
-----------------------------------------

Sebelum memulakan sebarang aktiviti pelaburan, dapatkan pendidikan kewangan untuk pelaburan tersebut dahulu. Lain padang, lain belalang.

Padang hartanah berbeza dengan padang saham. Padang berniaga berbeza dengan padang makan gaji.

Secara amnya ada dua jenis pelabur. Satu, melabur untuk mendapatkan keuntungan atas modal. Dan satu lagi, melabur untuk mendapatkan keuntungan pasif (berkala, mungkin setiap bulan atau mungkin setiap tahun)

Dengan hanya RM30, anda akan mendapat:

- 5 Komponen Pendidikan Kewangan

- Langkah demi langkah untuk tidak makan gaji lagi

- 5 tahap pelabur berbeza

- Rahsia mengenal pasti pelaburan terbaik

- dan banyak lagi!
Write a review

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI