Perkembangan hati manusia tidak dapat diawasi secara zahir. Tindak-tanduknya pun berbeza dengan anggota tubuh yang lain, dan begitu kompleks dan dapat berubah berkali-kali dalam waktu yang singkat. Padahal, harta umat Islam yang paling berharga terletak dalam hatinya, iaitu iman dan takwa. Bagi yang sudah mendapatkan kedua harta tersebut, sudah semestinya mereka wajib menjaganya hingga ke akhir hayat, dan mati dalam iman dan Islam. Solat malam yang ikhlas, khusyuk dan berterusan adalah salah satu usaha agar hati kita diperkuat dengan asas iman dan Islam.