Format: Paperback
ISBN: 978-967-481-002-3
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 140
Berat (KG): 0.10
Kategori: Kanak-Kanak, Fantasi
Puteri Berlian disayangi oleh seluruh rakyat Kerajaan Bermuda kerana perwatakan dan keistimewaan yang dimilikinya. Namun, dua orang kakandanya, iaitu Puteri Nilam dan Puteri Rubi berdendam dengannya kerana bagi mereka, dialah penyebab bonda mereka meninggal dunia. Tambahan lagi, kelunakan suara Puteri Berlian ketika bersyair menarik perhatian putera Kerajaan Berantah, iaitu Putera Fuzo.
Kemuncaknya, Puteri Berlian dihalau dari istana ketika ayahanda mereka mengadakan lawatan ke negara lain. Puteri Berlian dituduh menderhakai raja.
Namun, Puteri Berlian yang ditemani oleh kucing kesayangannya, iaitu Gebu diselamatkan oleh Nenek Melur di hutan.
Siapakah Nenek Melur yang sebenarnya? Apa pula kesudahan kisah antara Puteri Berlian dengan Putera Fuzo? Berjayakah Puteri Berlian kembali ke pangkuan ayahandanya serta Kerajaan Bermuda?